“Ibu-Ibu Memang Macam Ni Eh?” Wawa Zainal Terharu Kali Pertama Anak-Anak Beri Kad Ucapan Hari Ibu

 

Setiap tahun pada hari Ahad minggu pertama bulan May adalah sambutan Hari Ibu sedunia. Apabila ia berkaitan dengan ibu, semestinya ramai yang bersemangat mahu memberi kejutan buat ratu hati masing-masing. Walaupun hari tersebut tidaklah menjadi kewajiban untuk dirai, namun tidak salah jika kita menyatakan rasa sayang pada hari berkenaan buat ibu kita tercinta. Lebih lagi di musim pandemik ini, tidak semua orang beruntung dapat bersama ibu mereka, jadi amatlah indah apabila dapat memberi kejutan buat seseorang yang bergelar ibu.

Baru-baru ini perkongsian selebriti dan usahawan, Wawa Zainal di Instagram miliknya menunjukkan sekeping gambar kad ucapan yang dibuat sendiri oleh anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu. Wawa telah sertakan kapsyen dan mengakui pemberian anak-anak itu bergitu bermakna. Tambah Wawa, dia rasakan sungguh terharu sehingga membuatkan hatinya berbunga-bunga apabila mendapat kad ucapan buat kali pertama daripada anak-anaknya iaitu Attar dan Hayla.

 

Ucapan ringkas dan manis anak-anaknya itu telah menzahirkan rasa terima kasih untuk segalanya dan meluahkan rasa sayang mereka kepada ibu tercinta. Walaupun ia kelihatan ringkas tetapi ia sangat bermakna memandangkan anak-anaknya buat sendiri kad ucapan tersebut.

Happy mommys day. Thank you mama for everything. I love you very much, – Attar.

Hi mama, happy mother’s day. I love you a lot,- Hayla

Perkongsian Wawa kemudiannya membuatkan ramai pengikutnya dan rakan selebriti lain turut sama menulis ucapan Selamat Hari Ibu buat Wawa Zainal. Rata-rata mereka juga sempat memuji keharmonian rumah tangga Wawa dan Aeril Zafrel serta mendoakan mereka sekeluarga terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak tersayang.

Sebagai rekod, Wawa Zainal telah berkahwin dengan aktor Aeril Zafrel pada tahun 2013 dan sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayasoffya.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.koolfm.com.my/

 

Be the first to comment on "“Ibu-Ibu Memang Macam Ni Eh?” Wawa Zainal Terharu Kali Pertama Anak-Anak Beri Kad Ucapan Hari Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*