Atta Halilintar & Anak Krisdayanti Tak Mahu Resepsi Di Negara Sendiri, Malaysia Turut Jadi Pilihan!

Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan isterinya, pelakon Aurel Hermansyah merancang untuk mengadakan majlis resepsi mereka di luar negara.

Memetik laporan Liputan6, pasangan ini merancang untuk berbuat demikian sebaik berakhirnya pandemik COVlD-19.

“Belum tahu mahu di Turki, Dubai atau negara-negara yang sudah buka kemasukan nanti, Singapura atau Malaysia, atau dimana-manalah,” kata Atta.

Difahamkan, pasangan ini berbuat demikian kerana mahu menghindari kekecohan yang berlaku ketika majlis pernikahan mereka disiarkan di stesen televisyen tempatan baru-baru ini.

“Kalau di Indonesia, kami takut berlaku kecoh lagi, jadi, jumlah undangan pun akan lebih sedikit nanti,” katanya lagi.

Terdahulu, Atta dan Aurel yang merupakan anak kepada penyanyi Krisdayanti selamat diijabkabul pada 3 April 2021 di Hotel Raffles, Jakarta.

Majlis nikah yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan, RCTI itu mencetuskan pertikaian segelintir pihak tentang sebab mengapa ia perlu liputan istimewa sebegitu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://gempak.com/

Be the first to comment on "Atta Halilintar & Anak Krisdayanti Tak Mahu Resepsi Di Negara Sendiri, Malaysia Turut Jadi Pilihan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*