Tiada Layanan Istimewa Untuk Golongan ‘Kayangan’ Rentas Negeri – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan tidak ada pengecualian dan layanan istimewa yang diberikan kepada golongan ‘kayangan’ untuk merentas negeri.

Menurut Ismail, setiap permohonan perlu mendapat kebenaran pihak polis termasuklah ketika dalam situasi kecem4san, kem4tian dan pasangan jarak jauh.

“Jadi saya percaya tidak ada pengecualian dari segi soal rentas negeri kecuali beberapa perkara tetapi tetap perlu mendapat kebenaran daripada polis.

“Saya difahamkan dari segi kesahihan itu yang kadang-kadang membuat polis tidak membenarkan. Saya dimaklumkan juga untuk hujung minggu, permohonan untuk rentas negeri mencecah 40,000 sehari,” katanya.

Semalam, Ismail mengumumkan enam daerah di Selangor dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 sehingga 17 Mei ini.

Enam daerah terbabit adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

sumber:  https://gempak.com/

 

Be the first to comment on "Tiada Layanan Istimewa Untuk Golongan ‘Kayangan’ Rentas Negeri – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*