Kagum tengok rumah baru Pak Azad, Eira Syazira kongsi proses ubahsuai rumah konsep modern luxury

Bagi seorang isteri, tiada yang lebih istimewa bila dikurniakan kebahagian bersama keluarga tercinta. Malah, lebih indah bila dihadiahkan pula dengan sesuatu yang sangat bermakna.

Baru-baru ini selebriti Azad Jasmin atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad telah membuat satu kejutan istimewa buat isteri tercinta, selebriti Eira Syazira apabila dia menghadiahkan kediaman baharu lengkap dengan perabot dan hiasan dalam.

Difahamkan, kediaman dua tingkat itu sudah 90 peratus siap bersama dekorasi dan hiasan dalaman dengan berkonsepkan ‘modern luxury’.

Menerusi video posting Azad Jasmin di laman Instagram, kejvtan itu adalah hadiah sempena menyambut Aidil Fitri dan sebagai memenuhi impian isterinya.

Azad turut merakamkan momen indah itu dan berkongsi bersama peminatnya secara langsung.

Kejutan bermula apabila dia membawa Eira ke kediaman baharu mereka selepas isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.

Eira yang kelihatan begitu terkejut bagaimanapun bersyukur di atas pemberian hadiah terindah yang diberikan suami selepas 10 tahun mengharungi bahtera perkahwinan.

“Allahuakbar! ‘Svrprised’ nak matl. Hadiah terindah selepas 10 tahun perkahwinan dari suami tercinta. Tiada perkataan boleh diucap. Segala puji bagi Allah SWT. Terima kasih sayangku,” tulis Eira dalam video yang dimuat naiknya.

Eira berkongsi Video di ig nya Pengvbahsuaian rumah.

Jelas, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan dekorasi hiasan dalaman rumah tersebut tanpa pengetahuan Eira.

Lebih sayu, apabila Azad menjelaskan kepada Eira mengenai hadiah istimewanya itu sehingga membuatkan isterinya menitiskan air mata.

“Selepas 13 tahun duduk di rumah ‘flat’, hari ini pada bulan Ramadan yang mulia, I hadiahkan rumah ini untuk you. I harap you suka,” ujar Azad kepada isterinya.

Apa yang menarik, kediaman pasangan ini turut mempunyai mini surau yang ternyata membuat Eira begitu terharu.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-glam/2021/05/02/pak-azad-hadiahkan-eira-rumah-lengkap-dekorasi-siap-mini-surau/ & ig Eira Syazira

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://mediabawang.net/

 

Be the first to comment on "Kagum tengok rumah baru Pak Azad, Eira Syazira kongsi proses ubahsuai rumah konsep modern luxury"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*