“Ramai Yang Terpelajar Kurang Adab & Kemahiran”- Tak Hantar Anak Sekolah, Suhaimi Saad Ajar Anak Lipat Kain

Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad menyarankan ibu bapa agar mendidik anak dengan ilmu agama dan kemahiran.

Kata Suhaimi akademi sahaja tidak cukup untuk melahirkan manusia yang berguna dan berjaya.

“Saya ajar anak anak lipat kain baju sendiri.

“Ajarlah anak anak ilmu Al-Quran, hadis, akhlak dan kemahiran.

“Akademik saja tidak cukup untuk menjadikan anak anak kita manusia yang berguna dan berjaya,” katanya.

Suami kepada Ina Naim itu berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anak perempuannya sedang melipat kain.

Tambah Suhaimi lagi, ramai manusia yang terpelajar kini kurang adab dan kemahiran diri.

“Dunia hari ini dipenuhi oleh ramai orang yang terpelajar dan berkelulusan, tapi kekurangan orang yang beradab dan berkemahiran.

“Puncanya tidak lain tidak bukan, kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan,” tegasnya.

Selain tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan menggunakan pendekatan ‘home schooling’, Suhaimi juga seorang yang kuat pendirian menolak v.aksin dan u.bat-u.batan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

 

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Be the first to comment on "“Ramai Yang Terpelajar Kurang Adab & Kemahiran”- Tak Hantar Anak Sekolah, Suhaimi Saad Ajar Anak Lipat Kain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*