Masih Ingat Dengan ‘Peragvt’ Wan Maimunah? Dulu ‘Peragvt’ Kini Jalankan Bisnes Sendiri?

Meskipun sudah 20 tahun berlalu, namun iklan yang menunjukkan adegan primadona Wan Maimunah diragut oleh seorang lelaki masih segar diingati.

‘Perag.ut’ Kini Jual Sambal

Tahun lalu, Wan Maimunah ketika ditemui sumber di sebuah majlis pernah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan lelaki yang menjadi ‘per.agut’ itu. Selepas tularnya mengenai kisah tersebut, akhirnya per.agut yang dikenali sebagai Mohd Uzreen Mohd Kassim berjaya ditemui hasil perkongsian netizen di media sosial.

Terbaru, Uzreen telah diguna pakai sebagai wajah komersial bagi perniagaan oleh seorang individu. Dikenali sebagai Imam Tua Sham Chilavert di laman Facebook, menurutnya dia sudah lama merancang untuk menggunakan wajah Uzreen. Hasil perbincangan bersama, nama Sambal Ragut tercipta dan rata-rata pengguna laman itu menyambut baik promosi sambal tersebut.

“Idea Sambal Ragut ni tak datang spontan. Memang dah lama aku plan nak buat sesuatu yang menggunakan muka Abang Hashim dan melibatkan owner muka Uzreen Kassim secara langsung”

“Sebelum ni buat T Shirt Abang Hashim tak melibatkan raja ragut ni secara langsung. Jadi idea jual sambal ni dah keluar awal. Cuma aku taktau dari mana nak mula. Sampai la aku lepak manjang dengan per.agut tu, aku cadangkan pakai muka dia komersialkan sambal”

“Dia kata asal jadi duit on aje. So macam-macam la keluar dalam kepala. Sambal Hashim, Sambal Handbag, Sambal R.agut. Akhirnya aku pilih Sambal Ragut dengan Hashim maskotnya, dan tagline “Mer.agut Diet Anda”.

Aku cakap kat Abang Hashim, kau tadah muka je bang, lain semua aku urus kahkah” tulisnya

Ingin Lakonkan Semula Babak R.agut 

Menariknya, dia juga ingin mencari semula Wan Maimunah untuk  lakonkan semula babak ragut bagi tujuan komersial sambal tersebut.

“Sekarang ni dalam proses mencari Wan Maimunah untuk lakonkan kembali scene r.agut tu tapi untuk tujuan komersial. So kalau tak dapat terp.aksa la aku cari Wan Maimunah versi lawa. Kalau takda juga pegi m.ampus la, aku sendiri jadi Wan Maimunah. Free pun free” katanya lagi

Sekadar info, Uzreen ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan sekitar tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : murai

Be the first to comment on "Masih Ingat Dengan ‘Peragvt’ Wan Maimunah? Dulu ‘Peragvt’ Kini Jalankan Bisnes Sendiri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*