‘Inai Mer4h Lagi..’ – Baru 2 Minggu K4hwin, Sijil Nik4h Pun Bel0m Daftar, Wan1ta Dicer4i T4lak 3

Bagi yang ingin dan bersemangat nak mendirikan rumah tangga, sudah tentu membayangkan keindahan dan nikmat hidup di awal perkahwinan. Siapa tidak bahagia jika hasrat untuk hidup bersama dengan insan yang tercinta akhirnya terlaksana. Tanggapan sebegini tidak semestinya benar untuk semua. Banyak cabaran rumah tangga yang perlu ditangani bersama, terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Setiap pasangan di dunia ini pasti mengimpikan kebahagiaan hakiki sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan kerana itu lah salah satu tujuan perkahwinan. Namun tidak semua orang berpeluang merasai kebahagiaan tersebut.

Terbaru, seorang wanita mend4kwa hubungan perkahwinannya hanya bertahan selama dua minggu sahaja sebelum dia dicer4ikan dengan t4lak tiga.

Inai merah lagi tapi sudah berplsah

Menerusi beberapa video pendek yang dimuat naik di TikTok, Dekjaa Erniza memaklumkan selepas bertahun mengenali antara satu sama lain, dia dan suami membuat keputusan untuk berumah tangga dan pada pada 25 Mac 2021 yang lalu pasangan ini selamat diijabkabulkan.

Tetapi apa yang lebih meruntun hati apabila kebahagiaan yang dibina dipercayai hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja sebelum si suami dikatakan membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya. Lebih mengejutkan wanita ini mend4kwa dia telah dicer4ikan dengan t4lak tiga.

Inai merah lagi, sijil nikah belum daftar lagi. Baru dua minggu awak halalkan saya, awak dah buat keputusan tinggalkan saya. Saya redha, terima kasih beri saya peluang jadi isteri awak selama dua minggu ini.

Dalam kesempatan itu, wanita ini meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudi menerima dirinya sebagai isteri meskipun untuk tempoh yang singkat.

‘Terima kasih untuk segalanya’

Perkahwinan selama dua minggu ‘Dah cer4i tal4k 3’

5 Cabaran Awal Perkahwinan Tak Boleh Dielakkan

#1 | Berselisih Pendapat

Sebelum berkahwin, masing-masing boleh menilai tentang pasangan kita. Tapi bila dah duduk serumah tu, 100% kita tahu warna sebenar pasangan kita. terutama dalam berkongsi pendapat. Kadang Cikza dengan suami ada ketika sering berselisih pendapat, terutama pasal kerja, tempat tidur dan sebagainya. Memang kita nak yang terbaik dalam alam perkahwinan kita. Tapi masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan. Macam Cikza sering berselisih pendapat dengan suami tapi kami tangani dengan cara cool je.

#2 | Kewangan

Jika dulu masa bercinta, duitku duitku jua, kini dah berkahwin duitmu duitku jua hahahah! Permulaan kehidupan, memang banyak nak pakai duit. Sebab tu awal perkahwinan ikut kemampuanuntuk merias diri, makan minum dan tempat tinggal. Jika dulu kita makan untuk diri sendiri, kini kena fikir yang kita dah duduk berdua banyak yang kena fikir. Jika dulu sebelum kahwin kena sewa bilik untuk diri kita dah cukup. Tapi sekarang tanggungjawab dah besar terutama lelaki, kena fikir makan minum isteri, tempat tinggal, bil-bil dan sebagainya.

Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi. Soal tabungan juga tidak boleh dilupa. Kalau boleh yang perempuan janganlah demand nak branded stuff je, tengok kemampuan laki masing-masing. Syukur ai jenis makan warung je, tapi jika suami nak belanja restoran 5 star tu adalah lucky namanya

#3 | Terlupa Diri Masing – Masing Sudah Berkahwin

Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga. Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan, bekerja hingga lewat malam, menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya. Kadang Cikza pun ada life bersama kawan-kawan tapi untuk sekarang, cuma bersama team blogger dan di pejabat. Macam suami kadang-kadang kena ketuk sikit, selalu dia yang terlupa diri dah kahwin, kalau bab melepak tu untill 1am tau.

Adalah lebih baik kita dengan pasangan fahami kehendak dan keperluan, dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama. Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.

#4 | Anak Penyambung Keturunan

Anak! seringkali soalan diajukan oleh mereka yang baru mendirikan rumah tangga, tapi semuanya kerja Allah s.w.t, kerana dia maha mengetahui. Ada ketika, hati tersentuh dengan mulut-mulut puaka ni, padahal baru 4 bulan mendirikan rumah tangga. Pada Cikza semua itu kerja tuhan, kita ni jangan putus doa dan beribadah. Semua orang mahukan zuriat tapi masih belum ada rezeki nak buat macamana kan. Selalunya yang over adalah makcik dan pakcik bawang, cuba tengok anak masing-masing kot jadi geng terung atau kunyit ke mana tahu kan. Duk ngata anak orang, tapi rupanya kita sendiri yang tak pandai jaga anak hahahahaha!

#5 | Pergaulan Keluarga

Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga pasangan,kita perlu pandai bergaul dan membawa diri. Tapi setiap orang ada perbezaan cara pergaulannya. Jadi buat mereka yang suka sangat jadi makcik bawang tu, kalau boleh janganlah nak menokok tambah perasa sedap mengatakan menantu orang tu sombong lah, itu lah ini lah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://www.dnq.pw/

Be the first to comment on "‘Inai Mer4h Lagi..’ – Baru 2 Minggu K4hwin, Sijil Nik4h Pun Bel0m Daftar, Wan1ta Dicer4i T4lak 3"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*