“Bulan Puasa Bah Ni..” Tindakan Didi Astillah Menari Depan Rumah Dikatakan Tidak Sopan?

Bulan Ramadan tahun ini begitu berbeza kerana kini kita mengamalkan norma baharu untuk lakukan aktiviti termasuklah pergi ke bazar dan mengerjakan ibadah di masjid. Tidak dinafikan ia bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan kita sudah terbiasa menjalani kehidupan bebas. Berpuasa bukanlah satu alasan untuk kita menghadkan aktiviti namun kita masih perlu tahu batasnya.

Baru-baru ini, seorang selebriti cantik bernama Didi Astillah telah membuat perkongsian video dirinya menari di TikTok  telah menerima komen negatif daripada warga TikTok. Video berdurasi 10 saat itu jelas kelihatan Didi berlari keluar dari dalam rumah ke bahagian luar untuk melakukan tarian mudah. Bagaimanapun, cara Didi menari dan cara dia berpakaian dipersoalkan warga TikTok kerana Didi seakan tidak menghorm4ti bulan Ramadan.

Disebabkan tarian pendek Didi tesebut, di ruangannya komennya dihujani komen yang rata-ratanya menyatakan Didi sepatutnya lebih bijak dan tidak lakukan perkara yang boleh menjejaskan namanya sebagai seorang selebriti. Ada seorang pengikutnya memberi komen, jika tidak boleh menghorm4ti diri sendiri, Didi seharusnya menghormati bulan puasa. Selain itu, ada yang menyatakan tindakan Didi adalah keterlaluan dan memalukan orang Islam.

Buat masa ini, video tersebut masih meraih perhatian warga TikTok dan menerima hampir 100,000 tontonan. Meninjau ke ruangan komen pula, masih ramai lagi yang cuba memberi nasihat kepada Didi supaya lebih berpada dan menghormati situasi. Didi bagaimanapun masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau komen mengenai isu ini.

Sumber: TikTok Didi Astillah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment on "“Bulan Puasa Bah Ni..” Tindakan Didi Astillah Menari Depan Rumah Dikatakan Tidak Sopan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*