Bentuk badan seperti remaja, TikTok Maria Farida buat netizen kagum

Semua wanita mengidamkan tubuh yang kekal muda walaupun usia mereka telah lanjut. Biasanya sebaik mencecah usia 50an, seorang wanita itu boleh dianggap sebagai mak cik atau nenek.

Dengan perkembangan teknologi dalam bidang sains kosmetik pada hari ini, mendapatkan penampilan yang kekal muda bukan lagi sesuatu yang mustahil dan hanya dapat dicapai oleh mereka yang berduit.

Semakin ramai wanita yang juga mempunyai cara masing-masing untuk memelihara kulit muda mereka dari tarikan graviti dengan bantuan guru-guru kecantikan di internet.

Namun pasti ramai yang kagum dan cemburu apabila melihat wanita yang telah mencecah usia 50an tetapi masih kekal berpenampilan seperti remaja.

Salah seorangnya adalah pelakon terkenal, Maria Farida yang baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan video bersama anak perempuannya di TikTok.

Dalam video tersebut, pelakon berusia 51 tahun itu memberi pose menggoda diiringi sebuah lagu klasik, apabila anak perempuannya masuk dan memarahinya kerana beraksi seperti itu.

Menggunakan audio dari video lain, anak beranak itu berlakon seolah-olah anaknya akan mengadu kepada bapanya sementara bekas model itu cuba menghalang anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah bentuk badan Maria Farida yang kekal langsing seperti remaja sehingga ramai tidak percaya bahawa dia telah mencecah usia 50an.

“Kulit cantik, tubuh menawan…”

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Bentuk badan seperti remaja, TikTok Maria Farida buat netizen kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*