Sah staf UPM! Wanita m4ki, doakan pemuda kena C.ovid-19 selepas buat u-turn kini disi4sat

PEMANDU wanita yang videonya tular gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu lain dalam satu pertengkaran pada Selasa, bukanlah seorang doktor sebagaimana yang did4kwa.

Sebaliknya pemandu wanita tersebut merupakan staf Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat petang Rabu, institusi berkenaan melahirkan kekesalan ekoran sikap kakitangan mereka.

“Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kepada isu reaksi seorang staf UPM yang dilaporkan bert.engkar dengan pemandu jalan raya lain yang tular baru-baru ini.

“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tata kelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.

“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam sias.atan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporatnya.

Dalam pada itu, Hospital Serdang turut tampil dengan satu kenyataan menafikan pemandu wanita berkenaan adalah doktor yang bertugas di hospital berkenaan mahupun kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kenyataan yang dikeluarkan oleh UPM susulan insiden viral melibatkan kakitangannya.

Terdahulu, video daripada rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang dimuat naik di akaun @Fadzmin berdurasi lebih dua minit itu memaparkan kereta yang dipandunya hampir sahaja bertembung dengan kereta yang dipandu wanita berkenaan, yang membuat pusingan U secara melulu.

Menerusi video itu, pemuda berkenaan sedang memandu di jalan lurus, sebelum secara tiba-tiba muncul sebuah kereta sedan yang membuat pusingan U di sebelah kanan dan hampir memasuki laluannya.

Pemuda berkenaan kemudian membunyikan hon sebagai tanda tidak berpuas hati, namun tindakan tersebut mengundang rasa b.engang pemandu wanita berkenaan lantas mengeluarkan kata-kata m.akian.

Menerusi satu video berasingan yang dirakam penumpang keretanya, pemandu wanita dalam lingkungan pertengahan umur itu meng.amuk dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka sama-sama berhenti di lampu isyarat.

Dalam wajah yang bengis, pemandu wanita berkenaan mendoakan agar pemuda berkenaan dij.angkiti wa.bak C.ovid-19.

Hospital Serdang tampil membuat penafian yang mengaitkan pemandu wanita tersebut sebagai salah seorang kakitangannya.

Situasi tegang itu berlangsung selama hampir seminit sebelum kedua-duanya mula bergerak selepas lampu isyarat bertukar hjau.

Menurut pemuda tersebut, dia kesal kerana pemandu wanita berkenaan bukan sahaja melakukan pusingan U secara berbahaya malah melakukan pro.vokasi me.lampau.

Kejadian dipercayai berlaku berdekatan kawasan sebuah hospital di Serdang.

Difahamkan, in.siden pertengkaran itu berpunca akibat kek.eliruan sistem lampu jalan raya berdekatan kawasan kejadian.

Video yang kini meraih lebih 16,000 retweet itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Sah staf UPM! Wanita m4ki, doakan pemuda kena C.ovid-19 selepas buat u-turn kini disi4sat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*