Ini Luahan Sebak Hamid Gurkha Sahabat Baik Allahyarham Jamali Shadat

‘Ingat aku yang pergi dahulu, tapi Allah lebih sayangkan engkau.’

Itu luahan pelawak legenda, Hamid Gurkha ketika mengulas pemergian teman baiknya, Allahyarham Jamali Shadat, 78, yang meninggl dunia di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, pagi tadi.

Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Abdul Rahman adalah antara teman seperjuangan a.rwah ketika memulakan karier dalam dunia seni pada era 1970-an.

Hamid yang uzur dan mengalami masalah pendengaran menyifatkan a.rwah insan yang sangat baik.

“Saya ralat tidak dapat melawat a.rwah ketika hayatnya. Saya juga uzur, hendak menziarah di k.ubur a.rwah juga tidak upaya.

“Memang tak larat bergerak ke sana-sini, ditambah pula dengan pandemik C.OVID-19 ini.

“Pada usia 88 tahun ini, ingat saya yang pergi dulu. Tapi kawan rapat saya lebih dulu meninggalkan dunia ini,” katanya kepada BH Online.

Hamid teringat detik susah dan senang bersama a.rwah yang akrab dengannya.

“Selama kami berkawan, tiada perkara yang a.rwah buat meny.akitkan hati ini.

“Tidak pernah sentap atau berg.aduh sesama kami. Saya bersyukur Allah pertemukan sahabat sejati sepertinya,” katanya

Kredit foto: The Star

Hamid teringat kenangan manis bersama sama ketika mula membina nama.

“Ada kalanya, a.rwah naik kereta saya menuju ke lokasi membuat persembahan. Begitulah sebaliknya. A.rwah tidak pernah berkira.

“Kami sempat rakam album. Tidak silap saya, antara empat atau lima album bersama,” katanya yang menghasilkan album sketsa Jenaka Pilihan Jamali Shadat dan Hamid Gurkha terbitan Life Records.

Selama lebih 46 tahun, Allahyarham mencuit hati ramai dengan jenaka spontan dan komedi ‘stand-up’.

Dilaporkan, Jamali mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat ser.angan angin ah.mar, dua tahun lalu.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Ini Luahan Sebak Hamid Gurkha Sahabat Baik Allahyarham Jamali Shadat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*