[VIDEO] Nabil sebak dengar perkongsian Ebit Lew dalam program meletop

Rancangan Meletop yang bersiaran pada jam 9 malam di Astro Ria sememangnya memberi pelbagai infomasi kepada penonton berkaitan hiburan dan juga isu semasa.

Istimewanya pada malam tadi (selasa), pengacara Meletop, Nabil Ahmad berpeluang untuk menemubual pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew secara atas talian bagi berkongsi cerita berkenaan misi bantuan yang dijalankan oleh Ebit Lew.

Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit sempat bercerita berkenaan memberi sedekah dan Nabil dilihat sebak apabila menyentuh perihal akhlak nabi dan hidayah milik Allah.

PERKONGSIAN DI MELETOP

Nabil sebak dengar cerita ustaz

Menerusi perbualan ringkas itu juga, Ebit Lew juga sempat menceritakan permulaan beliau melakukan kerja-kerja dakwah sehingga membuatkan Nabil menitiskan air mata.

Di akhir temubual tersebut, Nabil sempat mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dipermudahkan sepanjang menjalani misi bantuan yang tidak henti-henti ini.

Pengacara itu juga memaklumkan rindu untuk bertemu dengan pendakwah tersebut kerana sudah lama tidak bersua muka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan YouTube Meletop dengan memaklumkan turut berasa sebak mendengar perbualan tersebut.

Mereka juga memuji Nabil yang lebih tenang dalam mengendalikan program dan mendoakan agar impiannya mengikut jejak Ustaz Ebit Lew dipermudahkan.

KOMEN NETIZEN

Sumber: Meletop

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://mediabawang.net/nabil-sbak/

Be the first to comment on "[VIDEO] Nabil sebak dengar perkongsian Ebit Lew dalam program meletop"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*