[V1DE0] Menangis Pelanggan ‘Cancel Order’ 60 Bungkus Nasi Yang Ditempah. Dah Lah Terp4ksa ‘Hut4ng’ Untuk Beli Bahan Masak

Membeli atau menempah makanan siap bungkus seakan sudah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara. Hal ini kerana, menggunakan perkhidmatan ini adalah jauh lebih mudah dan menjimatkan masa.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada seorang pemuda dikatakan terpaksa menanggung kerugian kerana pelanggannya telah membatalkan tempahan secara tiba-tiba.

Pinjam duit untuk modal

 

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memperlihatkan seorang pemuda dari Indonesia ini tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sedang memasak untuk menyiapkan 60 kotak makanan yang ditempah oleh pelanggannya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui pemuda ini dikatakan sanggup ‘berhutang’ untuk membeli bahan-bahan masakan tersebut.

Bayangkan korang di tempat dia. Bagaimana sedihnya, nasi yang sudah ditempah sebanyak 60 kotak tiba-tiba dibatalkan. Padahal dia pinjam kesana kesini untuk belanja sebab down payment tak cukup.

Hal ini kerana, wang pendahuluan yang diberikan kepadanya tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, pelanggan terbabit dikatakan tergamak meminta semula wang pendahuluan yang diberikannya itu.

Makanan tersebut disedekahkan

 

Difahamkan, pemuda ini mengalami masalah kewangan dan berharap dengan duit tempahan tersebut dapat digunakan untuk membayar semula pinjaman modalnya itu tetapi sebaliknya yang terjadi apabila pelanggan berkenaan telah membatalkan tempahan secara tiba-tiba.

Makanan yang sudah siap dibungkus itu dipercayai disedekahkan kepada mereka yang memerlukan termasuk di rumah anak-anak yatim dan di masjid.

Semoga dimurahkan rezeki

 

Sumber: Heppy08, Tribunnews ,

Serambi On TV

Kredit: Ohbulan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Be the first to comment on "[V1DE0] Menangis Pelanggan ‘Cancel Order’ 60 Bungkus Nasi Yang Ditempah. Dah Lah Terp4ksa ‘Hut4ng’ Untuk Beli Bahan Masak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*