Sbb Terlalu Kecil, Pengantin Lelaki Terkejut Bila Tok Kadi Nak Tengok Ketulenan Benda tu Guna Kanta Pembesar

Tular di media sosial apabila gambar seorang tok kadi membawa kanta bagi memeriksa mas kahwin dan hangat diperkatakan ramai.

Mungkin di zaman moden ini terlalu banyak emas palsu seperti emas bangkok, emas korea dan emas sadur.

Maka seorang jurunikah, Ustaz Harudin Mohd Mydin, membawa kanta pembesar bagi memastikan cincin mas kahwin tersebut adalah asli.

” Niat saya membuat pemeriksaan secara teliti (ketulenan cincin emas sebagai mas kahwin).

Ia bukanlah untuk memalukan pengantin mahupun keluarga mereka.

Tetapi hanyalah tanggungjawab dan amanah,” kata jurunikah, Ustaz Harudin Mohd Mydin.

Harudin memberi reaksi itu selepas rakaman video menunjukkan dia menggunakan kanta khas.

Ini untuk meneliti ketulenan cincin yang dijadikan mas kahwin bagi pernikahan Azizul Abdul Rashid, 34, dan Siti Nurshakirah Shamsudin, 30, tular di media sosial.

Detik itu dirakam jurugambar perkahwinan sebelum dimuat naik di Facebook.

Dan ia membuatkan rata-rata warganet memuji ketelitian jurunikah itu yang dianggap unik.

Harudin berkata, tindakannya meneliti ketulenan emas pada majlis pernikahan itu bukannya untuk mencuri perhatian orang ramai.

Sebaliknya ia sudah menjadi ‘rutin’ baginya setiap kali menjadi jurunikah.

Menurutnya, sepanjang bertugas sebagai jurunikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, rata-rata pengantin jujur dalam memberitahu kandungan pemberian yang diberikan mereka kepada pasangan masing-masing.

” Pengamalan duhulu, ada pengantin yang berterus terang cincin yang dibeli itu (tidak tulen) bukanlah di kedai emas tetapi di pasar raya.

” Saya hanya menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan amanah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Pengantin wanita tak sangka

Sementara itu, Siti Nurshakirah berkata, dia dan keluarganya juga tidak menyangka Harudin membuat pemeriksaan yang begitu teliti pada majlis pernikahannya.

” Mujur suami bersedia dengan situasi itu, lagipun kami masing-masing yakin emas yang dibeli adalah tulen.

” Resit pembelian juga dibawa ketika majlis itu tetapi tak sangka tok kadi ambil langkah tambahan dengan memeriksa (cincin) menggunakan kanta,” katanya.

Katanya, majlis pernikahan ringkas itu hanya dihadiri keluarga terdekat yang diadakan di Surau Pematang Rawa MK7, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 26 Disember lalu.

” Bagi majlis persandingan, masih lagi belum ada tarikh yang sesuai memandangkan penularan pandemik Covid-19 belum reda.

” Saya juga tidak menyangka gambar itu tular di media sosial dan berharap ia menjadi pengajaran kepada bakal pengantin di luar sana.

Ini supaya mereka jujur dalam memberikan butiran kepada jurunikah,” katanya.

Rakaman Video ada si Bawah Sekali

Sumber:fb Artis Malaysia/limauais

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Be the first to comment on "Sbb Terlalu Kecil, Pengantin Lelaki Terkejut Bila Tok Kadi Nak Tengok Ketulenan Benda tu Guna Kanta Pembesar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*