PKPP Di Seluruh Negara Dilanjutkan Mulai Hari Ini Hingga tarikh ini

Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dan dimaklumkan dalam muat naik Bernama di media sosial.

Antara aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang dalam PKPP adaalh aktiviti di kelab malam kecuali perniagaan restoran di dalam kelab dan pub.

Selain itu aktiviti-aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakkan fizikal turut tidak dibenarkan lagi.

Lanjutan PKPP ini susulan berakhirnya tempoh PKPP yang dilaksanakan bermula 31 Ogos yang lalu sehingga hujung tahun 2020.

Namun, sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasa selama beberapa minggu di hampir seluruh negara disebabkan peningkatan kes yang agak ketara.

Sumber: Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MOTIFVIRAL

Be the first to comment on "PKPP Di Seluruh Negara Dilanjutkan Mulai Hari Ini Hingga tarikh ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*