“K0rang Sambvt La New Year Dulu, Aku.. ” Luahan Fr0ntliner ni buat ramai terkedu

Pastinya sambutan malam tahun baru 2021 kali ini terasa sangat berbeza memandangkan tiada sebarang acara perhimpunan ambang tahun baru ataupun pertunjukkan bunga api.

Hal tersebut berikutan pandemik yang melanda masyarakat dunia sehingga semua orang perlu menjalani kehidupan dengan norma baru.

Lebih membimbangkan, kes positif pandemik Covid-19 di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi pada penutup tahun 2020 denga jumlah 2525 kes.

Dalam kita bergembira menyambut awal tahun baru, seorang petugas kesihatan telah memuat naik gambarnya yang masih bertugas pada malam hari menjemput individu-individu yang disyaki positif Covid-19.

Menurutnya, dia perlu melakukan 20 trip perjalanan pada malam itu bersama petugas kesihatan yang lain memandangkan alamat para pesakit bersepah-sepah dan perlu dibawa menaiki ambulans.

Farihin juga sempat memuat naik gambarnya bersut PPE lengkap sambil menunjukkan kesesakan lalu lintas pada malam hari walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) masih berjalan di kawasan tersebut.

Posting frontiner tersebut nyata mendapat perhatian warganet apabila mendapat lebih 28 ribu tanda suka dan 15 ribu perkongsian semula di Twitter.

Warganet juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan kerana tetap kuat dan gigih bertugas mengawal pandemik ini daripada terus menular. Terima kasih Frontliners!

Sumber: Farihin Mandagie

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MOTIFVIRAL

Be the first to comment on "“K0rang Sambvt La New Year Dulu, Aku.. ” Luahan Fr0ntliner ni buat ramai terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*