[VIDEO] Iqram Dinzly Cuba ‘Mem0ndan’ Dan Bahasakan Diri ‘Sis Bro’

Kadang-kala kalau dah terlampau berbakat dan kreatif, imaginasi kita ni boleh menjangkau hingga ke luar kotak dan mulalah kita bertindak di luar kebiasaan normal.

Itulah boleh dikatakan kepada seorang aktor lelaki ini yang tidak dinafikan lagi memiliki bakat hebat dalam bidang lakonan.

Kelmarin, seorang warganet berkongsi sebuah video di laman sosial Twitter memaparkan pelakon tersebut Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly.

Setelah sekian lama mendiamkan diri dalam dunia lakonan, pelakon berusia 39 tahun itu sekali lagi mengundang perhatian warganet dengan gelagat ‘peliknya’.

Apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut adalah ‘perwatakan’ Iqram yang berubah menjadi seorang wanita. Ingatkan Iqram dah tak buat lagi benda-benda macam tu!

Mengenakan ‘singlet’ berwarna hitam, pelakon drama Dunia Baru itu berceloteh mengenai rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya adalah seorang ‘wanita’.

Selain itu, dia turut membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’ dan menari-nari sambil menyatakan hasratnya mahu berenang memakai ‘bikini’.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet tertanya-tanya adakah Iqram sakit? Mengapa Iqram berbuat begitu? ‘Menganjing’ seseorang ke?

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet mengatakan Iqram sebenarnya sihat dan ‘okey’ sahaja di luar, malah ada juga yang pernah nampak Iqram beri makanan kepada kucing-kucing terbiar.

Jadi, apa sebenarnya berlaku kepada Iqram ? Hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin niatnya merakam video tersebut hanya sebagai gurauan.

Sumber: Twitter @Ekebal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MOTIFVIRAL

Be the first to comment on "[VIDEO] Iqram Dinzly Cuba ‘Mem0ndan’ Dan Bahasakan Diri ‘Sis Bro’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*