“Bel0m Berjaya N4ik Ber4t Bad4n,” Elyana Tanggvh Raw4tan Kem0terapi

Baru-baru ini, penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mendedahkan bahawa kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan tetapi mendapati ia juga sudah merebak ke bahagian badan yang lain.

Memetik laporan Harian Metro, Elyana masih belum memulakan rawatan kemoterapi kerana belum berjaya menaikkan berat badan bersesuaian.

Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu berkata, dia yang memiliki berat badan 41 kilogram (kg) sedang dalam usaha untuk menaikkan berat badan seimbang bagi memudahkan pergerakannya.

“Saya seorang yang tinggi, jadi apabila badan terlalu kurus ia menyukarkan saya berjalan dengan seimbang. Jika duduk di kerusi badan saya cepat sakit kerana ‘tulang bertemu kayu’ dan tak selesa.

“Selera makan memang belum ada lagi. Sekarang saya makan ubat yang disarankan doktor yang boleh membantu tingkatkan selera makan. Alhamdulillah, ada sikit perubahan,” katanya.

Menurut Elyana, dia berasa bahawa keadaannya belum cukup kuat untuk menjalani sesi rawatan kemoterapi kerana buat masa ini dia terlalu kurus dan tidak berisi.

Bagaimanapun, dia meneruskan kehidupan setiap hari dengan penuh semangat serta sentiasa bergembira di samping keluarga.

Elyana berkongsi rutin hariannya lebih kepada melayan dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun lima bulan.

Terdahulu, dia membuat pendedahan mengenai penyakit kansernya itu selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana melangsungkan perkahwinan dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan turut memaklumkan kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi adalah pada tahun 2016 lalu.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MV

Be the first to comment on "“Bel0m Berjaya N4ik Ber4t Bad4n,” Elyana Tanggvh Raw4tan Kem0terapi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*