[VIDEO] Didkwa Tukar Agama Demi Cinta? Ini Tindakan Kerajaan Malaysia

Sejak beberapa hari lepas, v!ral di media sosial dak.waan seorang gadis Melayu dikatakan sanggup tukar agama demi mengahwini Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Susulan daripada itu, kerajaan akan memanggil wanita berkenaan yang dikenali sebagai Illi Najwa Saddique bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permoh0nan diterima untuk menukar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permoh0nan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara.

“Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memel0k Islam akhir tahun lalu.

“Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Mengulas lanjut, Marzuk bagaimanapun berkata, majlis resepsi yang diadakan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

“Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sens!tif.

“Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya.

Video Perkahwinan Illi Najwa dan Suami

Terdahulu media melap0rkan, pasangan tersebut sepatutnya berkahwin pada bulan April lalu di Ludhiana, namun terpaksa ditangguhkan.

Walaupun majlis terpaksa ditangguhkan, Illi Najwa yang berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permoh0nan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Ketika sekatan perjalanan antara India dan Malaysia kembali reda baru-baru ini, dia berjaya mendapatkan penerbangan ke New Delhi selepas mematuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan.

Pada 2 Disember lalu, Illi telah melakukan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bersama Manpreet di kampung halamannya.

Berk0ngsi mengenai detik perkenalan, Illi mula bertemu Manpreet ketika perlawanan hoki saingan Piala Sultan Johor 2012.

Ketika itu, Manpreet merupakan ketua hoki pasukan remaja India. Hubungan mereka kembali terjalin dan menjadi serius selepas Manpreet kembali mengetuai pasukan kebangsaan India pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Apabila ditanya kenapa Illi menjadi pilihan hatinya, Manpreet memberitahu bahawa dia tertarik dengan kecantikan dan tingkah laku sopan Illi.

Menurutnya dia menikmati hidangan capati di rumah keluarga wanita itu pada kali kedua selepas mereka bertemu. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, Youtube Izlin Channel

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MYTVviral

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Didkwa Tukar Agama Demi Cinta? Ini Tindakan Kerajaan Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*