Illi Najwa dan Suami mohon maaf dan mengaku sesuatu pada semua

Kuala Lumpur: Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mend4kwa dia murt4d.

Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan kej4hilan dia dan suaminya.

Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.

Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Tegas Illi Najwa, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” katanya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Media India sebelum ini mel4porkan Illi Najwa berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.

Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang did3dahkan oleh media itu di luar kawalan.

Illi Najwa mengakui dia tidak gembira dengan isv yang mengheret namanya dan suami.

Malah, katanya, Manpreet juga tidak mahu ia berlaku kerana sedar akan akibatnya.

“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sens1tif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro mel4porkan kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique dan suami bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, mereka akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan yang diterima untuk menvkar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Be the first to comment on "Illi Najwa dan Suami mohon maaf dan mengaku sesuatu pada semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*