Sistem bank Malaysia sekarang tidak selamat, kata bekas pengg0dam

Dewasa ini, kejadian akaun bank digodam makin berleluasa, kita tak pernah menerima no tac tetapi tiba-tiba duit dalam account bank semakin menyusut.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh bekas penggo.dam, Aman Shah Ahmad yang juga pakar teknologi maklumat (IT) mend.akwa, sistem yang digunakan oleh beberapa bank di Malaysia bersifat copy and paste daripada sistem terdahulu.

Terlalu banyak kelemahan dalam sesetengah sistem perbankan di negara ini membolehkan penggo.dam memintasnya sekali gus meris.ikokan wang pendeposit hilang.

Dakwa beliau, tindakan sesetengah bank menggunakan perisian (software) serta program bersifat terbuka (open source) mengakibatkan wujud kelompongan yang mendedahkannya kepada anca.man pengg.odam.

Justeru, katanya kepada Mingguan Malaysia, kelompongan inilah membolehkan peng.godam memintas sistem keselamatan sesetengah bank dengan mudah.

“Jika kita cakap pasal struktur keselamatan bank, sebenarnya banyak lompong. Bila orang macam saya ini god.am, baru orang sedar. Sistem sekarang ini juga macam itu, sebenarnya ‘cucu’ sahaja kepada sistem yang terdahulu.

“Yang ada sekarang ini adalah ‘cucu’ kepada sistem dahulu, sebab itu contohnya Windows ada versi 2.0, 3.0 dan 2000 misalnya. Semua sama sahaja. Saya beritahu, sekarang lagi senang nak god.am. Kamu bagi saya laptop sekarang, besok saya boleh pindahkan wang. Nak buat atau tak sahaja,” katanya ketika ditemui di sini Rabu lalu.

Aman Shah, 54, yang pada 1990 dida.kwa atas kesalahan pec4h amanah membabitkan puluhan juta ringgit sewaktu bertugas di sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, berdasarkan pemerhatian, masih terdapat 20 peratus kelemahan dalam sistem keselamatan bank sekarang.

Beliau diminta mengulas mengenai wujudnya aduan daripada orang ramai mengenai wang mereka hilang daripada akaun ban walaupun tidak melakukan transaksi pengeluaran.

Kata Aman Shah, kesilapan paling ketara yang dilihat adalah tindakan sesetengah bank yang ingin menjimatkan kos dengan membangunkan sistem keselamatan yang kurang optima.

“Bank-bank pakai apa sekarang? Firewall? Saya perasan sesetengah bank di Malaysia sekarang, kesilapan paling ketara, banyak program dalam itu mereka nak jimat kos. Mereka guna open source sahaja, bermakna ia kurang selamat,” katanya.

Menjelaskan lagi beliau berkata, urusan membangun keselamatan sistem perbankan harus dilakukan oleh pakar IT yang mempunyai merit, dan bukan dipilih dalam kalangan kroni yang tidak layak.

Hal ini, katanya supaya meningkatkan keyakinan pendeposit agar tidak membuat pengeluaran wang besar-besaran, yang boleh melumpuhkan ekonomi negara.

“Di Malaysia ini, maaf cakap, ia bukan tentang merit. Orang yang membangunkan sistem keselamatan perbankan pun, ada kait dengan pihak atasan. Jadi kamu tiada merit untuk bangunkan sistem itu. Benda ini sampai sekarang berlaku.

“Kalau kamu dedahkan maklumat bahawa sistem itu tak selamat, saya rasa semua orang akan keluarkan duit dari bank masing-masing. Depositor akan lari dan kesannya, musnah ekonomi,” tambahnya. – UTUSAN

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Utusan

Be the first to comment on "Sistem bank Malaysia sekarang tidak selamat, kata bekas pengg0dam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*