‘Saya tak mahu mervntuhkan agama saya’ – Awie mula bersuara

‘Muzikal Lawak Superstar 2’ (MLS2) merupakan program realiti muzikal komedi yang kini kembali untuk musim kedua! Program yang s4rat dengan gelak tawa itu telah berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seramai 14 kumpulan telah tampil melakukan persembahan dan kesemua mereka dinilai oleh Dato’ Awie, Fazura dan Zul Ariffin selaku juri tetap.

Meskipun semalam merupakan episod pertama, Dato’ Awie dan Fazura dipercayai telah memberikan komen ‘deep’ buat dua kumpulan yang bertanding iaitu kumpulan ‘Zuzuzu’ dan ‘Stamp’ kerana didakwa mempermaiinkan iisu sensitif seperti agama dan bentuk badan.

“Jangan kita sebut nama seseorang yang boleh mendatangkan iisu sensiitif. Sebab tadi ada sebut nama individu tersebut. Ingat, dia masih ada keluarga. Isu agama dan ustaz pun saya nak tegur, kita seorang Islam jangan kita kutuk hina agama dan ustaz yang bermodalkan Islam. Jangan kutuk atas pentas. Cari isu yang lebih baik dan elok untuk pentas supaya orang luar menikmatinya. Teguran saya ini ikhlas dari saya dan bukannya untuk mervntuhkan anda tetapi saya tidak mahu meruntuhkan agama saya”

Sebaik sahaja kumpulan ‘Zuzuzu’ selesai membuat persembahan semalam dengan tema 14 buah negeri, Dato Awie memberikan komen bahawa kumpulan tersebut tidak perlu menyebut nama individu yang dipercayai seorang ‘ustaz’ ketika membuat lawak. Tambahnya, isu agama juga tidak perlu dipermainkan sebagai seorang yang beragama Islam. Ini kerana, banyak lagi idea yang menarik dan boleh disajikan buat penonton di rumah agar mereka menikmatinya.

Sementara itu, Fazura pula dipercayai memberi teguran buat kumpulan ‘Stamp’ yang menggunakan rupa bentuk badan seseorang. Menurut Fazura, perkataan ‘janda’ itu kurang manis digunakan ketika kumpulan tersebut melakukan persembahan.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beraksi lagi minggu depan di MLS2. Setiap teguran, k0men dan kritikan kami ambil dengan fikiran yang positif. Niat kami ingin melawak sambil memberi peringatan pada semua untuk berhati-hati dengan situasi sekarang iaitu ramai yang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang. Tak ada niat untuk menghukum siapa-siapa dalam sketch kami. Andainya ada salah silap harap dimaafkan. Kami pun meminta maaf sekiranya ada hati yang terguris dengan kami. Yang menonton tadi dan memberi sokongan, terima kasih diucapkan pada semua.

Di Instagram, Zahid yang merupakan salah seorang ahli kumpulan ‘Zuzuzu’ meminta maaf kepada semua pihak sekiranya lawak mereka telah mengguriskan hati mana-mana individu. Jelasnya, mereka mengambil semua teguran, komen dan kritikan itu dengan fikiran yang positif. Zahid juga memberitahu niat mereka adalah untuk memberi peringatan buat semua agar perlu berhati-hati dengan orang yang suka mengambil kesempatan dalam hidup.

Penampilan Cikb dalam kumpulan ‘ABC’ semalam ternyata mencuit hati para penonton dan juri. Rata-rata netizen memberikan pujian buat CikB kerana pandai berjenaka. Di samping itu, kumpulan ‘ABC’ merupakan satu-satunya kumpulan yang mendapat lima bintang dari juri tetap semalam.

Dunia Baru Awie

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie kini lebih giat bergerak di belakang tabir sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan, Rumah Produksi Merah yang diusahakan sejak hampir setahun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia kini sedang belajar dan mendalami dunia penerbitan.

“Sampai bila saya nak menyanyi dan pelakon? Sementara ada kebolehan, kelebihan dan dengan keizinan Allah, saya boleh kongsi rezeki bersama dengan rakan lain.

“Saya memberikan rakan pula tawaran berlakon. Saya juga buka peluang kepada rakan yang boleh menulis, mengarah dan sebagainya. Contohnya, saya memberi peluang pada Khir Rahman untuk menghasilkan sebuah naskhah untuk Rumah Produksi Merah,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Awie berkata, dia mahu mengelak daripada membintangi naskhah terbitan produksi sendiri.

“Jika boleh, saya tak mahu berlakon dalam naskhah terbitan sendiri. Saya mahu fokus duduk di belakang tabir sahaja. Takkan kita terbit, mengarah dan berlakon. Saya tak mahu sebegitu, berilah peluang pada orang lain,” katanya.

Sumber: Astro Gempak & Zahid

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "‘Saya tak mahu mervntuhkan agama saya’ – Awie mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*