Alami mas4lah kesihatan dan boleh jadi bvta kerana ini, Fatin Afeefa tarik diri dari Vokal Mania

PETALING JAYA – Pelakon Fatin Afeefa terpaksa me­ngalah dan menarik diri daripada meneruskan perjuangannya dalam pertandingan nyanyian Vokal Mania gara-gara me­ngalami mas4lah ulser kornea iaitu sejenis jangkitan pada mata.

Menurut selebriti berusia 26 tahun itu, dia mengalami jangk1tan pada mata kirinya sejak beberapa hari lalu dan telah mengambil keputusan untuk berehat.

“Tetapi makin lama jangkitan pada mata kiri saya menjadi lebih ter0k sehingga menyebabkan mata saya jadi berair dan s4kit.

“Selepas berjumpa dengan doktor, saya terus ditahan di wad kerana doktor mendapati terdapat ulser pada bebola mata saya,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lebih buruk lagi, doktor memberitahu, jika tidak dirawat dengan segera, mata kirinya boleh menjadi but4 sekali gus menyebabkan dia hilang penglihatan.

Fatin yang baharu sahaja dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis lalu berkata, dise­babkan masalah tersebut, dia terpaksa menarik diri daripada program Vokal Mania walaupun dirinya layak ke peringkat separuh akhir.

“Namun, untuk tidak menyusahkan pihak TV3 dan atas nasihat doktor, saya terpaksa menarik diri walaupun rasa agak sedih dan terkilan,” katanya lagi.

Tambahnya, jika matanya terdedah dengan cahaya lampu, ia akan menyebabkan matanya jadi bertambah ­berair sekali gus boleh ­menjejaskan persembahannya pada malam tersebut kerana banyak pencahayaan.

“Alhamdulillah, saya kini se­ma­kin pulih, masih mengambil ubat dan akan ­kem­bali memulakan penggambaran tidak lama lagi,” kata Fatin.

Terdahulu, pelakon drama The Gadis itu pernah menarik perhatian pengikutnya dalam laman sosial yang memuji kebolehannya menyanyi dan memiliki suara yang lunak dalam program Vokal Mania.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Alami mas4lah kesihatan dan boleh jadi bvta kerana ini, Fatin Afeefa tarik diri dari Vokal Mania"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*