Muat Naik Gambar Isteri Dengan Baby Bump Sekali Aiman Hakim Disekolahkan Oleh Warganet. Sampai Macam Ni Sekali Warganet Komen

Melalui sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto-foto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia.

Itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.

“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,”

Tulisnya di ruangan kapsyen.  Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu.

Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.

Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki 32 minggu.

Mengakui teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung, Zahirah memaklumkan berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram (kg).

“32 minggu yang penuh sabar. Kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik, Zahirah berkongsi fotonya bersama suami, Aiman Hakim Redza sedang berada di tepi pantai.

Perkongsian Zahirah itu turut mendapat maklum balas dan reaksi positif pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar.

Zahirah kini berada di Perth, Australia ditemani suami dan keluarga.

Disekolahkan Oleh Warganet. Sampai Macam Ni Sekali Warganet Komen

Pelakon Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian wargamaya.

Ini apabila berkongsi sekeping foto isterinya, aktres Zahirah MacWilson yang sedang sarat hamil.

Menerusi laman sosial Instagram, Aiman memuat naik sekeping foto Zahirah sedang berdiri menikmti cahaya matahari di tepi pantai.

“Dalam masa satu saat, matahari kita mampu menghasilkan tenaga yang cukup untuk keperluan seluruh isi alam untuk 500,000 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Tetapi tidak terbanding dengan tenaga kegembiraan untuk setiap saat yang tinggal sebelum kami melihat awak,” tulis Aiman sebagai kapsyen

Menerusi foto tersebut, Zahirah mengenakan singlet, seluar pendek lengkap bertopi dan berkasut sukan seperti sedang beriadah.

Komen Netizen

Namun, sosok tubuhnya yang sedang sarat itu membuatkan ramai warganet prihatin dan memberikan nasihat pada aurat yang terdedah kepada tatapan umum itu.

“Sebenarnya tak bagus bila awak sebagai suami berkongsi foto isteri macam ni,” tegur seorang wargamaya.

“Rasa tak payah la duk tayang aurat isteri,” kata seorang wargamaya.

“Beranak tu umpama bertrng nywa. Banyakkan la beristigfar.

Jangan la tayang aurat bini,” komen seorang wargamaya lagi.

“Aiman, privasikan gambar tu,” pesan seorang wargamaya lagi.

Ramai juga wargamaya yang mengambil kesempatan tinggalkan komen yang positif agar proses bersalin Zahirah kelak dipermudahkan.

Malah, ada yang sudah tidak sabar untuk menatap wajah comel anak sulung pasangan bahagia ini yang masih dirahsiakan jantinanya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Hujung Oktober lalu, Aiman dan Zahirah terbang pulang ke Perth, Australia bagi melahirkan anak sulung mereka di sana.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Gstv

Be the first to comment on "Muat Naik Gambar Isteri Dengan Baby Bump Sekali Aiman Hakim Disekolahkan Oleh Warganet. Sampai Macam Ni Sekali Warganet Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*