Gambar di guna sesuka hati, Sekali Azhan Rani tak puas hati

Kuala Lumpur: Pelakon Azhan Rani, 44, terkilan dengan etika sesetengah pengamal media yang menggunakan gambarnya tanpa penerangan terperinci untuk laporan berita mengenai jenayah rogol.

Azhan yang popular menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur berkata, dia tidak kisah pun wataknya itu dikaitkan dengan berita sebegitu namun tidak setuju gambarnya digunakan sewenangnya.

“Saya okay saja nak kaitkan dengan watak atau drama Nur dengan kisah-kisah macam ini (rogol). Tapi, sebagai wakil media yang kuat juga pengaruh di media sosial, alangkah bagus kalau nampakkan sedikit sopan dan beretika anda.

“Sudahlah gambar itu dari IG (Instagram) saya, kredit tidak, apa pun tidak, lepas itu sesuka hati tak letakkan pun penerangan sekadar gambar hiasan atau apa. Kamu nak sangatkah saya merogol orang?” katanya.

Azhan juga mengakui dia sendiri pun pernah belajar mengenai etika penggunaan bahan gambar dalam penulisan media.

“Walaupun saya pelakon, tapi pernah juga ambil subjek minor komunikasi massa ketika belajar dulu. Mestilah ada etikanya, supaya ada beza penulisan orang media arus perdana, portal, warganet, dan orang cetek ilmu macam saya ini.

“Tapi kalau macam ini cara kamu tulis cerita, saya terfikir daripada editor (pengarang) sampai penulis kat portal semua itu yang kerja, budak WeChat sajakah?” katanya.

Terdahulu, Azhan memuat naik tangkap skrin sebuah portal menggunakan gambarnya untuk satu laporan berita jenayah rogol. Dia mengakui awalnya malas mengutarakan isu itu, namun memutuskan untuk bersuara juga bagi pihak dirinya

Hasil carian, berikut portal artikal yang memaparkan gambar watak lakonan beliau sebagai Ustaz Madi dalam drama Nur

Pengetua Sekolah Agama Di Kelantan R0gol Pelajar 15 Tahun, Turut Disyaki Bercinta

Seorang pengetua sekolah agama di Kelantan yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak telah ditahan di atas tuduhan mer0gol pelajar berusia 15 tahun.

Menurut laporan Harian Metro berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kelantan iaitu Deputi Komisioner Shafien Mamat, pengetua dan pelajar perempuan berkenaan turut dipercayai bercinta.

Kegiatan pasangan tersebut bagaimanapun terbongkar apabila ada pihak ketiga membuat aduan kepada Talian Kasih sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Tambah Shafien lagi, suspek didakwa mengajak mangsa ke sekolah (dipercayai beberapa kali seminggu) ketika ketiadaan murid lain serta guru. Kejadian r0gol itu dilakukan di sekolah.

“Sebaik ibu bapa berkenaan bertanyakan kepada pelajar berkenaan apa yang berlaku, pelajar berkenaan mengaku sebelum polis menghantarnya ke Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II)”

“Berdasarkan siasatan awal polis, pelajar berkenaan tidak diugut oleh pengetua itu sepanjang dua tahun lalu sebaliknya apa yang berlaku sudah ada persetujuan bersama antara mereka”

“Mungkin mereka bercinta dan kedua-duanya sentiasa berhubung secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga”

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek direman pagi ini untuk siasatan lanjut,” jelasnya lagi berkaitan perkara tersebut.

Terjadi situasi sebegini sedikit sebanyak membuatkan kepercayaan terhadap figura berlatarbelakangkan agama ini sedikit goyah. Semoga perkara sebegini tidak berlaku

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Gambar di guna sesuka hati, Sekali Azhan Rani tak puas hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*