Michael Ang Bersuara Setelah Peminat Noraniza Idris Menyelarnya Dengan Teruk Kerana Sering Kali Berikan Kritikan Yang Agak Pedas

 

Sebelum ini Bintang Gegar Vaganza musim ke-tujuh (GV7), Noraniza Idris meluahkan rasa kesal dengan sikap pengarah drama Michael Ang yang sering kali memberikan kritikan pedas terhadap persembahan sepanjang program itu berlangsung.

Menurut Noraniza atau nama sebenarnya, Nor Aniza Idris, 52, biarpun dia langsung tidak membaca komen negatif netizen namun cemuhan yang dilontarkan pengarah tersebut cukup membuatkan emosinya terganggu.Malah, katanya, apa yang ditulis pengarah Perempuan Tanpa Dosa itu telah menggores hati ahli keluarganya.

Ekoran kritikan pedas ini, Michael Ang telah menerima kecamann yang agak hebat daripada peminat Nor Aniza Idris. Dalam satu Kecamann daripada dipercayai peminat Nor Aniza Idris boleh dikatakan melampau, agak keterlaluan dan berbau ugutan. Sampaikan status mualaf Michael Ang juga dipersoal. Malah turut menyentuh isu perkaumann dan drama-dramanya.

Michael Ang juga ada buat luahan tentang perkara ini dilaman IGnya.

Salam semua. Wow! Benda ni was sent to me! Tak tahu la account apa ni. Anyway nak kutuk drama aku ke apa ke go ahead! I terima aje sebab i sendiri yg gatal nak direct n produce n bagi u all tgk! So to me u all Ada Hal nak cakap apa apa pun pasal drama I! I terima semua! Tapi benda pasal i mualaf ni, hish hish nampak sgt kebodohan u, satu Malaysia tahu bila i memeluk agama Islam tak siapa pun tahu, i yg nak sembunyikan! Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun u all takan tahu I dah beragama Islam! So I memeluk agama Islam untuk popular??? Kepada penulis and account holder posting ni org yg beragama Islam mcm kau ni la yg membuat org luar sana takut dgn Islam! So pikir2 kan la apa yg u dah Cakap n tulis! Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of u luv u and stay safe! Oh yes lupa nak cakap Aku Maafkan kau!.

Sementara itu, Noraniza melahirkan perasaan bersyukur apabila berjaya melangkah ke pentas akhir GV7 yang akan berlangsung pada Ahad depan.

Kata Noraniza, walaupun pada awalnya dia tidak berniat untuk menyertai program ini namun hatinya terbuka dan menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran untuk penyanyi lama.Selain Noraniza, enam lagi bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir GV7 ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Umar.

Kredit: Michael Ang IG

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/michael-ang-bersuara-setelah-peminat-noraniza-idris-menyelarnya-dengan-teruk-kerana-sering-kali-berikan-kritikan-yang-agak-pedas/

 

Be the first to comment on "Michael Ang Bersuara Setelah Peminat Noraniza Idris Menyelarnya Dengan Teruk Kerana Sering Kali Berikan Kritikan Yang Agak Pedas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*