Ramai Tak Percaya, Wani Pernah Dedah Pesanan Aliff Syukri Yang Ramai Tidak Tahu

Beberapa bulan yang lalu, remaja ini yang dikenali sebagai Wani pernah menjadi tumpuan netizen selepas masalah berat badan yang dihadapinya sebelum ini telah didedahkan oleh usahawan selebriti terkenal, Dato Sri Aliff Syukri. Namun begitu, usahawan yang kini penyanyi ini dikec4m gara-gara dikatakan menggunakan perkataan ‘budak gemvk’ untuk merujuk kepada Wani.

Nekad Bantu Wani 

https://www.instagram.com/p/B13HbM4nrXf/

Tidak mengendahkan kec4man daripada netizen, sebaliknya Aliff nekad untuk membantu Wani menyelesaikan masalah berat badannya sehingga sanggup membawa remaja yang berusia 22 tahun itu di Pahang bertemu dengan pakar. Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani ingin meminta bantuan dari idolanya itu untuk membantunya dalam menurukan berat badan selepas mengalami masalah yang agak serius sehingga tidak mampu berjalan dan menguruskan dirinya.

Wani Serta Akademi A-Comel 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris)

Selepas membawa berjumpa dengan pakar, Aliff sekali lagi berazam untuk membantu Wani dengan ‘membawanya’ masuk ke dalam Akademi A-Comel bersama 12 peserta yang lain dalam misi menguruskan berat badan. Menurut Wani ketika ditemui Murai.My di sidang media majlis pelancaran akademi itu, dia berasa begitu semangat setelah dibantu Aliff dan gembira kerana dapat melihat dunia setelah sekian lama hanya mampu duduk di rumah ekoran dari masalah yang dihadapinya.

“Saya datang ke sini dengan bantuan dengan Dato (Aliff Syukri). Dato yang datang ambil di Pahang dan saya gembira dapat tengok dunia luar cuma saya masih belum dapat sesuaikan diri dekat akademi ini sebab masih baru”

Malah sejak diperkenalkan oleh Aliff, dia mendapat begitu banyak kata-kata semangat kepadanya apatah lagi jumlah pengikutnya di laman Instagram kini turut mencecah 11 ribu penangan dari usahawan itu.

Nafi Aliff Cuba Memalukan Dirinya 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris)

Menafikan bahawa Aliff cuba memalukan dirinya, sebaliknya bagi Wani usahawan itu begitu baik dengan dirinya malah sering kali memberikan kata-kata semangat jauh bertentangan dengan tanggapan netizen sebelum ini.

“Dato okay masa dia datang jumpa saya dia banyak bagi kata-kata semangat macam ‘tak apa, biarlah orang cakap apa pun saya akan tetap membantu awak. Biarlah orang cakap awak gemvk atau apa sekalipun buktikan kepada orang yang awak boleh berubah’”

Sebagai info, Program Akademi A-Comel akan bersiaran selama tiga hari seminggu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat menerusi YouTube Terlajak Laris.Pemenang bukan sahaja akan merealisasikan impian mereka untuk kurus malah akan turut memenangi hadiah utama berjumlah RM15,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Ramai Tak Percaya, Wani Pernah Dedah Pesanan Aliff Syukri Yang Ramai Tidak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*