Dini Mendedah Status Sebenar Hubungannya Dengan Janna Nick

KUALA LUMPUR: Pelakon k4cukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann menafikan hubungan cinta dengan Janna Nick, sudah berakhir.

Dini berkata, dia dan Janna masih bersama, malah ketika ini, mereka digandingkan dalam drama arahan Micheal Ang.

“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana.


Dini menafikan hubungannya dengan Janna retak. Foto IG Dini Azan Schatzmann

“Sudah lebih tiga minggu penggambaran drama ini berlangsung. Ini kali pertama saya digandingkan sebagai teraju utama dengan Janna,” katanya kepada BH Online.

Dini mengaku kurang berkongsi foto bersama Janna di laman sosial.

“Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak.

“Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kec4man.

“Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya,” katanya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada ini juga menafikan menerima tawaran Michael selepas dipengaruhi Janna.

“Saya hadir sesi uji bakat. Karakter dan watak yang saya lakonkan sebagai pemain tenis berdar4h campuran bernama Isa Alejandro membuatkan saya jatuh hati.

“Watak dilakonkan berbeza kerana Isa yang berdar4h campuran Melayu-Sepanyol sangat berlagak,” katanya yang sering melakonkan watak pemuda baik.

Tambah Dini, biarpun berlakon bersama, dia dan Janna meletakkan paksi profesional di tangga teratas.

Dini yang sudah dua tahun menceburi dunia lakonan cuba membina nama dengan sebaik mungkin.

“Bakat Janna sangat bagus. Janna tidak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Dini mengaku fokusnya lebih kepada mencari rezeki dan mengukuhkan nama sebagai pelakon.

sumber berita harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Be the first to comment on "Dini Mendedah Status Sebenar Hubungannya Dengan Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*