Ustaz Ebit Hadiahkan 5 Buah Basikal Untuk Penghantar Makanan

Terlampau banyak kebaikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew selepas satu persatu pertolongan dihulurkan oleh beliau untuk mereka yang tidak bernasib baik.

Pada 4 Disember, pendakwah terkenal itu telah membeli 5 buah basikal lipat untuk dihadiahkan kepada 5 orang pekerja penghantar makanan.

Sebab utama beliau memilih untuk menghadiahkan basikal ialah ada antara mereka tidak mempunyai lesen motor dan tiada kenderaan sendiri.

Dalam masa yang sama, disebabkan kesempitan hidup membuatkan mereka tidak mampu untuk membeli kenderaan dan mengambil lesen kenderaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Katanya mandi peluh hari-hari, kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah. Selepas spm tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar.

Tambahnya lagi, basikal itu mempunyai banyak keistimewaan kerana boleh dilipat dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew bukan sahaja membeli basikal, tetapi beliau turut menghulurkan sedikit duit poket untuk mereka berlima.

Kebaikan Ustaz Ebit Lew ini benar-benar telah memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk terus berusaha keras supaya berjaya dalam hidup.

Semoga beliau dimurahkan rezeki selalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : HotFM

 

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Hadiahkan 5 Buah Basikal Untuk Penghantar Makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*