“Memang Saya Sengaja Menunjuk-Nunjuk, Tapi Ada Sebab”

 

Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Sering berkongsi kisah disebalik tabir kerja kebajikan kepada umum, Ustaz Ebit akui tindakan yang dilakukannya itu mahu mengajak lebih ramai orang berbuat kebaikan. Katanya, rogram realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan.

“Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu. Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya ‘stuck’ (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.

“Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000… Itu pun tidak menyeluruh,” katanya.

Melihatkan keadaan apabila hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah, Ustaz Ebit berkata selepas beliau berkongsikan kerja kebajikannya ramai sahabatnya turut turun padang menghulurkan bantuan.

“Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.

“Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.

“Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini,” katanya.

Sudah mula melakukan kerja amal sejak usia 12 tahun, Ustaz Ebit tidak menyalahkan mereka yang menuduh dirinya menunjuk-nunjuk kerana niatnya adalah untuk menarik ramai orang untuk melakukan kebajikan.

“Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.

“Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.

“Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Memang Saya Sengaja Menunjuk-Nunjuk, Tapi Ada Sebab”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*