Gad1s Menlnggal Sehari Sebelum Majlis

Bagi pasangan yang bakal berkahwin, sudah tentu rasa tidak sabar dan berdebar-debar untuk tibanya hari bahagia yang dinanti-nantikan untuk diijab kabulkan.

Pengantin perempuan ajal sehari sebelum majlis

Namun malang tidak berbau, siapa sangka seorang gadis yang bakal bergelar seorang isteri telah menemui ajal sehari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Menurut laporan Tribunnews, bakal pengantin perempuan yang dikenali sebagai Tiara Permadani Gamri yang berasal dari Indonesia ini sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Ilham pada hari Ahad, 30 November yang lalu.

 

Bukan itu sahaja, segala persiapan untuk majlis perkahwinan sudah pun dilakukan dan siap sepenuhnya dari segi makanan untuk tetamu, khemah, baju pengantin, pelamin dan sebagainya.

Majlis kahwin bertukar majlis tahlil

Namun, siapa yang dapat melawan takdir Allah apabila majlis perkahwinan yang sepatutnya berjalan dengan situasi yang penuh meriah dan bahagia itu bakal bertukar menjadi majlis tahlil yang diselubungi rasa duka dan sayu apabila bakal pengantin perempuan meninggal dunia sehari sebelum majlis ijab kabul mereka.

Sempat hantar baju nikah, minum racun

Menurut sumber, dua hari sebelum majlis berlangsung, pengantin perempuan ada berkunjung ke rumah bakal suaminya untuk menghantar baju nikah.

Namun, tidak lama selepas itu, bapa pengantin perempuan menerima pula panggilan telefon daripada rakan Tiara yang menyatakan bahawa anaknya itu telah dikejarkan ke hospital gara-gara meminum racun.

Si bapa yang terkejut dengan berita itu terus sahaja bergegas ke hospital. Dia juga sempat berjumpa dengan bakal menantunya untuk mengetahui kejadian yang sebenar.

Saya tanya anak saya di mana. Dia beritahu di hospital. Kemudian saya tanya anak saya minum racun di mana. Dia kata tidak tahu.

 Walaupun doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tiara, namun gadis itu menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Ahad, 29 November.

Pengantin lelaki ‘hilang’, bapa buat laporan polis

Apa yang mengejutkan ramai, ‘bayang’ pengantin lelaki langsung tidak kelihatan pada ketika itu dan juga sewaktu majlis tahlil diadakan.

Bapanya yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya itu telah bertindak untuk membuat laporan polis. Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian dan kini mereka masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kematian Tiara.

Salam takziah kepada keluarga pengantin perempuan. Min harap kebenaran dapat terungkai

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment on "Gad1s Menlnggal Sehari Sebelum Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*