(Global) ‘Nenek’ Remaja

Kecoh warganet di Indonesia apabila seorang wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan gara-gara memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun. Ingatkan gambar yang dikongsikannya itu adalah gambar throwback sewaktu zaman muda, rupanya memang gambar terkini!

Wanita yang sudah memegang status nenek yang dikenali sebagai Puspa Dewi itu menjadi tular selepas seorang pengguna Twitter dari Indonesia memuat naik gambar ‘nenek’ tersebut. Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan perbezaan wajah Puspa bersama suaminya yang dirakam pada 1993 dengan foto terkini mereka pada tahun 2020.

Mungkin akibat terkejut, komen yang dilemparkan juga agak lucu apabila mempersoalkan sama ada Puspa Dewi itu seorang manusia atau pontianak. Ia berikutan wajah Puspa kelihatan jauh lebih muda berbanding pada tahun 1993 walhal usianya kini melepasi separuh abad. Malah, sebilangan netizen sukar mempercayai kecantikan wanita itu tidak dimamah 

Puspa yang memiliki seorang cucu adalah selebriti media sosial di Indonesia. Dia mempunyai hampir setengah juta pengikut di laman Instagram dan kerap memuat naik gambarnya melakukan pelbagai aktiviti.

Sedikit sukar untuk mempercayai kesahihan gambar di laman Twitter itu, gambar-gambar yang dikongsikan Puspa di laman Instagram miliknya juga menunjukkan betapa mudanya beliau pada usia setengah abad. Menurut ibu kepada dua orang anak itu, dia gemar melakukan aktiviti senaman sejak berada di zaman persekolahan lagi. Semangat dan kerajinan dia bersenam sejak dari dahulu lagi tidak pernah terpadam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puspa Dewi (@puspadewihc)

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puspa Dewi (@puspadewihc)

Mungkin itu rahsia kekal sihat dan nampak muda walaupun usia sudah lanjut. Jadi bolehlah kita contohi rutin harian Puspa ini untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan sihat. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Kosmo

via KoolFM

Be the first to comment on "(Global) ‘Nenek’ Remaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*