Terjumpa Makcik Di ATM Seawal Pagi, Ini Kisah Disebaliknya

HARI masuk gaji merupakan hari yang paling dinanti-nantikan ramai setiap bulan, senyum pun sampai ke telinga!

Bank-bank terutama mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pastinya menjadi tumpuan ramai ketika waktu ‘gembira’ ini.

Namun di sebalik momen menggembirakan itu, seorang guru melalui satu pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika kunjungannya ke sebuah bank.

“Pagi tadi lepas Subuh, saya pergi isi minyak motor. Teringat pula gaji hari ni, jadi lepas isi minyak saya terus ke bank nak cucuk duit.

“Sampai-sampai saya tengok tak ada orang, kecuali sebuah Kancil buruk parking depan pintu masuk bank ni. Masuk-masuk ada seorang makcik, pakai baju kurung tengah cucuk duit,” tulis guru tersebut menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Muhammad Yusof.

Sebuah kereta kancil milik seorang wanita. -gambar hiasan/foto facebook Jual Beli Kereta Kancil Terpakai Bawah RM5K

Namun, timbul tanda-tanya apabila wanita berkenaan menghabiskan masa begitu lama di hadapan mesin ATM itu seperti mengalami masalah.

“Sampai saya dah siap dah urusan pun dia masih menghadap lagi mesin ATM tu. Masa saya nak naik motor, saya tengok makcik tadi masih lagi dok menekan-nekan mesin tu.

“Saya rasa macam tak sedap. Saya pun masuk balik bank, lepas tu saya tanya makcik tu dengan niat nak tolong,” katanya.

Rupa-rupanya makcik berkenaan sedang menunggu gajinya yang masih belum dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Saya tengok jam dah nak pukul 7 pagi. Nak sedapkan hati saya kata kat makcik tu Acik, mungkin pukul 7 duit masuk kot. Dalam pukul 7 lebih, bila check makcik tu kata duit dia dah masuk.

“Lepas tu dia kata kat saya adik, boleh tolong makcik tak? Masukkan duit dalam akaun makcik. Saya kata okay,” kata Muhammad Yusof yang merujuk kepada transaksi yang ingin dilakukan oleh wanita berkenaan menerusi mesin ATM.

Perkongsian Muhammad Yusof di laman Facebook.

Dalam pertemuan singkat itu, Muhammad Yusof menyifatkan wanita tersebut sebenarnya berperwatakan ceria dan happy go lucky.

“Tot tet dia sembang. Cerita pasal gaji dah masuk. Dia cerita duit dia ni dia nak bayar duit hutang rumah. Biasanya anak makcik yang masukkan duit, keluarkan duit ni dik, makcik pun baru belajar tekan-tekan mesin ni. Maaflah kalau menyusahkan adik,” katanya.

 

Walaupun hidup taklah kaya mana tapi dia usaha supaya hutang dia bayar awal

MUHAMMAD YUSOF

Terdetik hati guru tersebut untuk bertanyakan tentang anak wanita berkenaan.

“Tiba-tiba muka makcik ni berubah. Wajah dia yang ceria tadi terus jadi muka nak menangis. Anak acik baru meninggal dik, kemalangan. Air mata makcik tu mengalir laju.

“”Masa tu saya rasa macam nak menangis juga. Saya terus minta maaf,” katanya sambil dimaklumkan bahawa wanita itu merupakan ibu tunggal yang membesarkan satu-satu anaknya selepas kematian suami.

Seorang makcik berkongsi kisah mengenai anak tunggalnya.

Sebaik selesai semua urusan di mesin ATM, Muhammad Yusof mahu beredar dan dan wanita itu mengucapkan terima kasih atas bantuannya.

“Saya hulur RM50 kat makcik tapi dia kata tak apa dik, makcik kan baru dapat gaji hari ni… sambil tersenyum. Sungguh, terkesan saya dengan makcik ni walaupun dalam 10 minit je rasanya saya jumpa dia.

“Walaupun hidup taklah kaya mana tapi dia usaha supaya hutang dia bayar awal. Saya pun kadang-kadang terculas pasal hutang ni sampai bank pun naik cemuih telefon kena ingatkan pasal bayar hutang.

“Makcik ni, di sebalik watak happy go lucky dia, terselit keperitan yang sedang dia lalui. Kehilangan orang tersayang sangat-sangat memeritkan.

“Tak semua orang mampu jadi macam makcik ni. Saya doakan makcik ni dipermudahkan rezeki dia dunia dan akhirat. Amin,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Terjumpa Makcik Di ATM Seawal Pagi, Ini Kisah Disebaliknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*