Netizen Kongsi Nama Di Bungkusan, Macam-Macam Yang Ada…

Tak tahu la nak gelak ke atau kesian bila tengok ramai orang share gambar macam ni…

Cuba bayangkan bila kita menantikan parcel sampai ke rumah, sekali abang pos sebut ‘Ni rumah Muhd Al Fateh Usyuk Asyam ke?’

Confirm korang sendiri tak tahu nak mengaku tu nama korang atau tak kan?

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @alfatehazmi telah memuat naik foto parcel yang diterima kiriman daripada kakaknya.

Tertera disitu nama sebenar dia telah ditambah oleh si kakak sehingga menarik perhatian warganet yang lain.

Ramai turut kongsikan pengalaman mereka menerima bungkusan parcel dengan nama yang ‘unik’.

Masing-masing nama pun taknak kalah, confirm abang pos pun pening kepala nak sebut nama si penerima tu, silap hari bulan dia gelakkan je kalau selalu dapat customer macam tu.

Tapi rasanya tak ada masalah pun dalam bab letak nama penerima tu, asalkan alamat dia tepat dan memudahkan abang pos hantar barang kan?

Jangan pula si pemberi parcel buat hal letak nama dan alamat mengarut sudah la, risau jadi apa-apa dekat barang nanti susah nak detect siapa pengirim yang sebenar.

Kadang-kadang kalau jadi macam tu, ia akan menyusahkan pula pihak penghantaran.

Nak kenakan orang boleh, tapi pastikan alamat dia dan kita sendiri pun betul.

Make sure kalau nak bergurau kena pada tempatnya dan jangan sampai menyusahkan orang lain okay!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : HotFM

 

Be the first to comment on "Netizen Kongsi Nama Di Bungkusan, Macam-Macam Yang Ada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*