“Saban Hari Orang DM Minta Bantuan” – Ika Nabella Ingin Bayar Zakat Ratusan Ribu

Pelakon Ika Nabella mendedahkan bahawa dia menerima mesej daripada orang ramai di media sosial yang meminta jasa baiknya untuk menghulurkan bantuan akibat desakan hidup ekoran pandemik Covid-19, hampir setiap hari.

Begitupun, Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, dia tidak mampu untuk memberikan bantuan kepada semua pihak yang datang kepadanya.

“Sejak akhir-akhir ini, saban hari orang hantar DM (mesej peribadi) minta bantuan. Hantar gambar tong beras kosong, gambar anak menangis, cerita suami kena buang kerja, suami kerja dari rumah gaji separuh.

“Banyak kesusahan masyarakat kita sebab pandemik. Saya dah beri sumbangan bantuan, tapi tak mampu nak bantu semua orang,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, kata Ika apa yang boleh dibantunya, adalah dengan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.

Katanya, dia berharap dengan cara itu, secara tidak langsung, dia mampu mencapai impiannya untuk memberi sumbangan yang lebih banyak kepada masyarakat di luar sana.

“Sentiasa minta supaya saya ikhlas dalam perbuatan kerana saya selalu bayangkan diri saya sebagai seorang yang berkemampuan dan pemurah dalam segala aspek.

“Saya nak tergolong dalam kalangan mereka yang berjiwa besar mampu beri manfaat pada orang lain..

“Saya berimpian nak bayar zakat ratusan ribu, nak derma juta-juta, nak bina masjid dan berbagai-bagai lagi. Besar impian saya dan tak nak tunggu jadi jutawan baru realisasikan semua tu. Makanya, saya mulakan langkah, baby steps,” kongsinya.

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar impian Ika untuk membantu orang ramai itu dipermudahkan.

“Semoga tercapai impian Ika untuk membantu yang memerlukan. Impian akak pun sama seperti Ika.

“Moga Allah limpahkan rezeki buat Ika dan keluarga,” komen sebahagian pengikutnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Saban Hari Orang DM Minta Bantuan” – Ika Nabella Ingin Bayar Zakat Ratusan Ribu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*