Netizen Kurang Senang Dengan Perancangan Terbaru KKM…

Bangunan dan persekitaran di Putrajaya dilimpahi cahaya berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut esok.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, limpahan cahaya menerusi Kempen ‘LightUpBlue@Putrajaya itu secara tidak langsung meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah diabetes yang semakin meningkat di negara ini.

Bagaimanapun inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu mendapat reaksi kurang senang daripada warganet yang berpendapat ia kurang sesuai dengan keadaan semasa.

Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang sekiranya ‘lampu biru’ di Putrajaya menarik ramai orang ke daerah tersebut, seterusnya mewujudkan kluster baharu.

Selain itu warganet juga menganggap ia sebagai satu pembaziran dan berpendapat lebih baik sekiranya kos untuk ‘lampu biru’ digunakan untuk membantu frontliners dan membiayai kos rawatan disebabkan pandemik covid-19.

 

 

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 12, 2020

Terdahulu, Dr Noor Azmi berkata, simbolik memasang ‘lampu biru’ adalah untuk menghargai peranan jururawat sebagai petugas barisan hadapan yang menyokong usaha mencegah dan mengawal penyakit diabetes di negara ini.

“Pencahayaan bangunan dan struktur ikonik di seluruh dunia dengan warna biru sering dikaitkan dengan Hari Diabetes Sedunia. Pencahayaan bangunan dan struktur ini menghantar mesej visual yang jelas dan meletakkan diabetes dalam agenda utama seluruh negara,” katanya.

Difahamkan bangunan dan persekitaran Putrajaya dengan warna biru bermula semalam sehingga 15 November ini.

“Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, limpahan cahaya berwarna biru ini juga dapat menarik perhatian penghidap diabetes untuk terus menjaga kesihatan mereka,” katanya

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Netizen Kurang Senang Dengan Perancangan Terbaru KKM…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*