Wanita Terharu Pemilik Bengkel Tidak Kenakan Bayaran

Pada masa sekarang ini, kita boleh katakan bahawa wang ringgit sangat penting untuk kelangsungan hidup.

Pada 10 November lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @jalalmisai68 telah memuat naik satu video pendek menunjukkan seorang wanita menitiskan air mata di sebuah bengkel kereta.

— Pakcik 1 #RakyatJagaRakyat (@jalalmisai68) November 10, 2020

Difahamkan video tersebut telah dikongsikan dalam Whatsapp group Bos-Bos Bengkel Semalaysia yang mana ia merupakan video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bengkel.

Wanita tersebut kelihatan menitiskan air mata apabila pemilik bengkel tersebut tidak mengenakan bayaran sebanyak RM10 selepas membaiki kenderaannya.

Mungkin bagi segelintir daripada kita RM10 bukan la amount yang besar tetapi ia merupakan jumlah yang berharga buat wanita tersebut.

Dia sempat mengesat air matanya sebelum meninggalkan bengkel bersama dengan kereta miliknya.

Rata-rata netizen memuji sikap baik pemilik bengkel tersebut kerana dia telah memudahkan urusan wanita tersebut yang kemungkinan memerlukan wang untuk urusan yang lebih penting.

Sikap murni seperti ini boleh dijadikan contoh dan semoga kita semua turut dapat membuat kebaikan kepada orang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Hotfm

 

Be the first to comment on "Wanita Terharu Pemilik Bengkel Tidak Kenakan Bayaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*