Haqiem Rusli Beli Kereta Proton X70 Untuk Ibu

 

Selepas menghadiahkan dirinya sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC 20 dianggarkan berharga RM290,000, penyanyi muda Haqiem Rusli menunaikan hasrat ibunya untuk memiliki kereta Proton X70.

Kereta tersebut dianggarkan bernilai RM122,800, Haqiem berkata ibunya sudah menyatakan hasrat ingin memiliki kereta baharu sejak awal tahun lagi dan dia berkongsi wang bersama ibunya untuk membeli kereta berkenaan.

 

“Sekarang baru ada rezeki untuk kami beli. Saya dan ibu, berkongsi wang membelinya bersama-sama. Namun, saya sebenarnya taknaklah heboh-hebohkan cerita beli kereta baharu ini. Nanti, ada yang kurang selesa mengenainya.

“Apapun, bila ia sudah ditanyakan, saya okay saja memberi penjelasan. Tetapi, sama ada ia dibeli secara tunai atau tidak, biarlah rahsia,” katanya kepada Harian Metro.

Menerusi Insta Story, Haqiem turut memuat naik foto dia bersama ibunya berlatar belakangkan kereta berkenaan yang berwarna merah dengan kapsyen ringkas, suka emak dapat kereta baru.

Haqiem berkata sebagai anak dia berusaha untuk mengembirakan ibu tersayang lebih-lebih lagi ibunya sudah lama menyuarakan hasrat untuk memiliki kereta idamannya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Haqiem Rusli Beli Kereta Proton X70 Untuk Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*