Sanggup Berhenti Kerja , Isteri Nubhan Kini Suri Rumah

Umum mengetahui isterinya kepada penyanyi Nubhan iaitu Afifah Tawfek merupakan seorang doktor gigi. Namun, baru-baru ini Afifah mengumumkan sudah pun berhenti berkhidmat sebagai doktor di sebuah Klinik Pergigian Seremban.

Akui bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, namun Afifah berkata banyak perkara perlu dipertimbangkan dan keputusan itu dibuat demi kebaikan diri serta keluarganya.

 

Katanya lagi, semenjak bergelar ibu dan isteri, banyak perkara perlu diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil olehnya. Bagaimanapun, Afifah meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami kerjayanya itu.

“Sekarang fie faham sangat susah betul nak buat keputusan bila kita dah ada keluarga dan tanggungjawab besar lagi-lagi bergelar seorang ibu.

“Tahun kedua bekerja lahir pulak Aaffan, sambil kerja sambil pam susu. Alhamdulillah rezeki Aaffan, dapat susu ibu sepenuhnya. Balik kerja sambung jaga Aafiya. Jarak Aafiya dengan Aaffan 2 tahun jem agak penat tapi membahagiakan.

“Suami pulak sangat supportive, sanggup jaga anak kalau Fie perlu travel untuk kerja. Suami tak pernah halang apa sahaja keputusan Fie,” tulisnya.

Menerusi satu perkongsian lain, Afifah turut memuat naik foto suaminya membuat kejutan istimewa sempena hari terakhirnya berkhidmat di klinik pergigian tersebut.

Dalam pada itu, Afifah berkata meskipun kini bergelar suri rumah, namun dia turut mengusahakan perniagaan secara dalam talian sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan sampingan.

Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Sanggup Berhenti Kerja , Isteri Nubhan Kini Suri Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*