Boleh Hidup Lebih Lama Untuk Penggemar Kopi?

 

Minum kopi  mampu menjaga stamina, membina semangat dan membuatkan mood anda lebih baik untuk menjalani kehidupan yang sibuk dan mencabar.”

Kopi sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Bagi pencinta kopi, minuman ini mampu memberikan semangat untuk memulakan hari yang lebih baik. Selain memberi nikmat dan kepuasan, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kopi mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan kepada kesihatan dan tubuh badan. Kopi mengandungi bahan antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.

Sumber daripada portal Telegraph UK, menerusi kajian daripada Presiden Makanan Functional di Fakulti Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Leeds, United Kingdom, Profesor Gary Williamson, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas terbit daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, daripada asap, pancaran matahari (UV), tekanan hidup, tabiat merokok dan sebagainya.

Ia akan membuatkan sel-sel kulit rosak dan kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut, kusam dan pelbagai masalah. Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh diuraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidas atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil polyphenols antaranya biji kopi.

Kajian saintifik turut merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksidas yang tinggi. Antioksidas dapat mengurangkan kesan penuaan serta risiko penyakit kronik. Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas yang terdapat di dalam minuman koko, jadi minum kopi adalah cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapat perlindungan dari bahan radikal bebas, sekali gus melindungi diri dari pelbagai serangan penyakit kronik. 

Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, antioksidas tetap diperolehi sama ada dalam kopi campuran mahupun kopi yang telah dinyahkafein. Maka jangka hayat bagi peminum kopi tegar dikatakan lebih panjang berbanding mereka yang tidak mengamalkan minuman ini.

Penggemar kopi mempunyai risiko kematian yang lebih rendah akibat penyakit jantung, kanser, strok, diabetes, masalah pernafasan dan buah pinggang. Mereka yang minum satu cawan sehari juga didapati 12 peratus kurang berkemungkinan berdepan risiko penyakit berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dan jumlah tersebut meningkat kepada 18 peratus bagi mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari.

via GIPHY

JOM MINUM KOPI

  • Kopi meningkatkan prestasi otak. Kafein dapat membantu meransang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Berdasarkan kajian, secawan kopi akan memberi kesan seawal 20 minit selepas diminum sehingga 1 jam untuk kesan maksimum kepada otak anda.
  • Mereka yang minum kopi tidak mudah penat dan mereka lebih aktif secara fizikal. Mereka tidak ada masalah dalam melakukan aktiviti fizikal.
  • Kopi dapat memberi ketenteraman jiwa sekiranya dapat meneguk secawan kopi, terutama pada waktu stress, ditimpa bebanan kerja, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, hujan atau dilanda perasaan marah dan gundah gulana. Kopi adalah minuman penawar paling baik.
  • Kopi mempunyai banyak antioksidan yang membantu mencegah penyakit jantung. Antioksida dikenal pasti dapat mencegah penyakit, menguatkan imun tubuh dan menjadikan kulit awet muda.
  • Minum kopi setiap pagi dapat ‘mencetuskan keinginan’ untuk membuang air besar. Ini kerana kafein merangsang dan menambah pengecutan usus, seterusnya menolak bahan buangan dengan lebih cepat dari biasa.
  • Minum kopi setiap pagi boleh menghilangkan rasa mengantuk dan membuatkan seseorang dengan bekerja lebih cepat.
  • Disebabkan mereka yang minum kopi lebih aktif dan lebih bersedia bekerja serta lebih fokus dan mempunyai mood yang stabil, mereka mempunyai potensi untuk berjaya dan menjana pendapatan tinggi.
  • Minum kopi dapat mengurangkan berat badan. Cuba ambil kopi pekat tanpa tambahan apa jua perasa manisan atau gula.

 

HATI-HATI

Bagaimanapun pengambilan kopi yang berlebihan melebihi 4 cawan sehari atau lebih 400mg kafein boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak menentu, sukar tidur dan keresahan yang melampau. Rujuk doktor anda, jika mengalami sebarang masalah kesihatan jika amalan meminum kopi tidak dapat dikawal dengan baik.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: telegraph.co.uk webkesehatan.com

via koolfm

 

Be the first to comment on "Boleh Hidup Lebih Lama Untuk Penggemar Kopi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*