Niat murni pelakon Ardell Aryana menjadi salah seorang sukarelawan bagi misi bantuan penduduk di kawasan pedalaman di negeri Sabah telah disalah erti oleh segelintir netizen.
Seperti sedia maklum, Ardell kini sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya bersama dengan pasangan yang juga merupakan pelakon, iaitu Nadzmi Adhwa.
Menurut segelintir netizen, Ardell tidak sepatutnya menyertai misi bantuan itu kerana dia masih mempunyai anak kecil di rumah dan dia sepatutnya menjaga keperluan suami dan anak sahaja.
Mereka beranggapan Ardell seperti mengabaikan keluarganya yang lebih memerlukan dirinya di rumah berbanding penduduk di Sabah.
Wei anak tu !?!
Aku tak pernah nampak lagi situasi macam ni kat semenanjung 😭
Rata2 paling susah takde sampai kena kendong ke hulu ke hilir sebab nak dapat bantuan
Never know they are this desperate?!!
People weren’t talking about current Sabah’s condition😭 pic.twitter.com/7h6HIowSJP
— orked (@zhyxeen) November 9, 2020
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempertikaikan tentang tahap kesihatan Ardell sendiri kerana sebelum ini dia pernah disahkan menghidap kanser tahap 3.
Dalam masa sama, mujur ada juga netizen yang memahami niat murni pelakon tersebut yang mana dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan.
Ardell sebelum ini memang terkenal dengan sifat prihatinnya yang sering menyertai misi kemanusiaan dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik.
Rata-rata netizen berasa bangga dengan pengorbanan Ardell dan menyifatkan dia sebagai seorang yang gagah dan berani.
Semoga kita semua dapat mencontohi sikap murni Ardell ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis
Sumber : HotFM
Be the first to comment on "“Baik Jaga Anak Dekat Rumah Je!”"