Ada Cerita Di Sebalik Topeng 😢

Bukan mudah untuk mencari rezeki di waktu sekarang lebih-lebih lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sejak 4 minggu lalu dilanjutkan lagi sehingga Disember depan.

Keadaan ini tentu menyukarkan para peniaga untuk mencari rezeki. Namun lelaki ini, Mohd Nor Hisham Awang Nong, yang juga seorang peniaga ayam gunting, mencari kelainan untuk menarik pelanggan dengan memakai kostum Predator.

Malah, ramai yang mengagumi kegigihan Hisham yang bukan sahaja mengenakan kostum itu untuk mempromosikan jualan, tetapi menghiburkan pengunjung yang datang ke gerainya.

Mula memakai kostum berkenaan sejak enam bulan lalu, Hisham berkata dia akan memakai kostum itu selama satu jam iaitu bermula 5 petang setiap hari namun bergantung kepada keadaan cuaca.

“Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebagai peniaga, saya perlu melakukan inisiatif yang lebih kreatif bagi meraih jualan. Saya berharap peniaga lain yang terjejas juga dapat tonjolkan kreativiti masing-masing ketika mencar rezeki,” katanya.

Terhibur dengan gelagatnya, siapa sangka Hisham yang juga seorang pesara kerajaan merupakan orang kurang upaya (OKU) selepas kehilangan mata kanan sejak empat tahun lalu.

Dia kemudian bersara awal dan mengusahakan gerai ayam gunting serta dibantu isterinya yang juga kakitangan kerajaan.

Berkongsikan tentang kostum yang dipakainya itu, Hisham berkata kostum itu dianggarkan bernilai RM10,000 yang dipereoleh daripada Gabungan Pre­dator Malaysia berpusat di Johor.

“Pada mulanya, ada yang mendakwa tindakan memakai kostum itu satu ‘kerja gila’, namun kini saya mendapat sokongan daripada pelbagai kaum terutama yang meminati watak berkenaan.

“Saya mengambil masa selama 30 minit bagi memakai kostum dan ini juga menjadi cara saya menghiburkan diri sendiri untuk menghilangkan penat ketika mencari rezeki,” katanya.

Jika anda masih ingat lagi, pada Ogos lalu tular videonya memakai kostum Predator sambil menolak motosikalnya yang kehabisan minyak di Jalan Dato Kramat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

SUMBER: Harian Metro

VIA GULAPOP

 

Be the first to comment on "Ada Cerita Di Sebalik Topeng 😢"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*