TV3 buat permohonan maaf kepada Kamala Harris

STESEN televisyen tempatan, TV3, memohon maaf atas kesilapan laporan berita yang disiarkan pada Ahad, dengan menyebut Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Kamala Devi Harris sebagai anak perempuan kepada pendatang tanpa izin dari India.

“Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam (Ahad), kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris. Beliau sebenarnya adalah anak imigran pasangan dari Jamaica dan India, dan bukannya seperti yang dilaporkan.

“Kami kesal dengan kekhilafan mengenai latar belakang belakang beliau,” kata penyampai stesen televisyen itu menerusi laporan berita pada Isnin.

Permohonan maaf itu turut dimuat naik menerusi Twitter rasmi mereka.

TV3 turut membuat permohonan di Twitter.

Terdahulu, laporan berita TV3 pada Ahad telah menimbulkan kemarahan ramai, sekaligus mendesak saluran televisyen itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Sebenarnya ibu Harris, Shymala Gopalan adalah seorang saintis bioperubatan dan telah berhijrah dari India ke AS untuk melanjutkan pelajarannya.

Shymala berumur 19 tahun pada tahun 1958, ketika dia diterima dalam program sarjana dalam bidang pemakanan dan endokrinologi di University of California, Berkeley.

Di universiti yang sama, Shymala bertemu suaminya, Donald J. Harris, seorang pelajar ekonomi Jamaica yang akhirnya menjadi profesor di Universiti Stanford. – THE STAR

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "TV3 buat permohonan maaf kepada Kamala Harris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*