“Tak sangka dia sanggup ride beratus kilometer” – Ibu tunggal terharu kesungguhan calon suami..

BUKAN mudah untuk menerima seseorang untuk dijadikan peneman hidup apatah lagi pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu.

Namun jika Allah mengizinkan dua hati bertemu, siapa kita untuk menolak aturan-Nya.

Begitulah kisah pertemuan unik Nor Afnizahani Hashim, 37, dengan suaminya, Hafizan Hamzah, 45, kira-kira tiga tahun lalu sebelum mereka disatukan di jenjang pelamin baru-baru ini.

Menurut Nor Afnizahani atau lebih mesra disapa Nieza, dia berkenalan dengan suaminya menerusi Kelab Cari Jodoh Islam, sebuah grup mencari jodoh di Facebook.

Nieza selamat disatukan dengan jejaka pilihannya pada 24 Oktober lalu.

“Saya memang tengah cari pasangan memandangkan saya dah lama single. Saya join grup tu dua kali. Kali pertama tu orang yang saya kenal tu duduk jauh-jauh.

“Lepas tu saya join lagi sekali. Masa tu memang ramai yang add nak jadi kawan. Dia memang salah seorang dalam friend list saya. Masa tu kami just kenal-kenal macam tu je,” katanya kepada mStar.

Sejak itu, ibu tunggal dua anak itu mendedahkan suaminya sering menghantar mesej kepada dirinya.

“Dia asyik chat saya dekat Messenger tapi saya selalu reply lambat. Contoh kalau hari ni dia chat, esok lusa baru saya reply. Saya saja nak uji dia. Tak sangka dia sabar orangnya.

“Masa tu pun kami belum bertukar nombor telefon tapi dia tak pernah give up. Dia pernah cakap suka kat saya tapi saya jual mahal takut dia nak main-main je. Lagi pun kami duduk jauh,” katanya.

Nieza berkenalan dengan suaminya menerusi grup cari jodoh di Facebook.

Dua tahun kemudian, Nieza berkata dia mencabar suaminya untuk bertemu ibu bapanya di kampung jika mahu serius dalam hubungan mereka.

“Saya cabar dia kalau awak tak datang jumpa saya, anggap kita tak ada jodoh. Tak sangka pula dia sanggup sahut cabaran saya tu.

“Dia ride dari Ipoh ke Penang semata-mata nak jumpa saya. Memang saya terkejutlah bila tengok dia tiba-tiba ada depan rumah.

 

Saya rasa terharu bila dia sanggup ride dari Ipoh ke Penang, lepas tu pergi ke Kedah pula, banyak jam tu. Perjalanan dia beratus kilometer. NOR AFNIZAHANI HASHIM Isteri

“Masa tu juga dia minta saya bawa dia jumpa parents saya dekat Jerlun, Kedah. Tak expect benda berlaku begitu pantas,” katanya.

Jelas Nieza yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata dia terbuka hati untuk menerima suaminya kerana melihat kesungguhan lelaki tersebut.

Nieza (empat dari kiri) semalam majlis malam berinai.

“Saya rasa terharu bila dia sanggup ride dari Ipoh ke Penang, lepas tu pergi ke Kedah pula, banyak jam tu. Perjalanan dia beratus kilometer.

“Dekat situ dah nampak kesungguhan dia nakkan saya. Lagipun first time bertemu tu tak ada rasa kekok sebab masing-masing dah tahu biodata diri menerusi grup tu.

“Saya juga terima dia sebab dia boleh terima anak-anak saya. Bukan senang lelaki nak terima anak orang lain tapi dia layan anak saya umpama anak sendiri,” katanya.

Kisah pertemuan Nieza dan suaminya yang juga seorang duda menjadi tular selepas dia berkongsi perkara itu di Facebooknya.

Kedua-duanya selamat disatukan sebagai suami isteri pada 24 Oktober lalu.

Pasangan ini merancang untuk tinggal bersama di Pulau Pinang bulan depan.

Pada masa sama, Nieza berharap agar hubungan mereka suami-isteri berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kalau boleh biarlah ini yang terakhir, kata orang kekal hingga ke jannah. Saya tak nak perkara lama berulang kembali. Serik dah.

“Buat masa ini kami masih lagi PJJ (perkahwinan jarak jauh). Bulan depan barulah kami plan nak dapatkan rumah sendiri di Penang.

“Lagipun dia ada beritahu saya suruh bawa anak saya yang di kampung tinggal sekali dengan kami. Dia kata kita sama-sama jaga,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "“Tak sangka dia sanggup ride beratus kilometer” – Ibu tunggal terharu kesungguhan calon suami.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*