“Saya Tak Pernah Halang, Tapi Anak Tak Mahu Jumpa Sebab…”

Semalam hangat diperkatakan apabila bekas suami usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Mohd Amin Yasin menfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anak Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Hanya mengetahui mengenai untutan bekas suaminya itu menerusi media, Vida berkata dia tidak menghalang dua anaknya itu untuk bertemu bapa mereka. Ujarnya, anak-anaknya yang tidak mahu berjumpa bapa mereka kerana takut.

“Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya kepada Harian Metro.

Enggan mengulas lanjut mengapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa kandung mereka, Vida mendedahkan bekas suaminya ada menghubungi pembantu peribadinya untuk meminta wang.

“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amin mendakwa kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja.

Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Halang, Tapi Anak Tak Mahu Jumpa Sebab…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*