“Ajar Anak Pakai Tudung Macam Tu Ke…” – Krit1ik Fasha Sandha, Sekali Netizen Kena ‘Basuh’ Balik

Kata pepatah dulu-dulu, ‘kerana mulut badan bin4sa’ mungkin tidak begitu sesuai apabila melibatkan media sosial tetapi itu yang mungkin hampir tepat boleh dikatakan dengan segelintir netizen ketika ini.

Terlalu cepat menghakimi dan menjatuhkan hukvman, malah lebih tervk lagi menghampiri penghi1naan terutamanya terhadap golongan selebriti.

Itulah yang terjadi kepada Fasha Sandha apabila dia berkongsi beberapa keping gambar anaknya, Puteri Raysha Jemyma yang sedang belajar secara atas talian dan dimuat naik ke Instagram miliknya.

“Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun. Cov1id 19 please go away,” tulis Fasha sebagai kapsyen gambar tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun 😭 Covid 19 please go away #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Ramai yang memuji kecantikan Raysha seperti ibunya. Namun, seorang netizen telah mengundang kemarahan ramai apabila meninggalkan komen yang tidak sepatutnya pada entri tersebut.

“Ajar Anak pakai tudung macam tu ke.. pakai baju tangan pendek pakai tudung.. mak pun macam tu.. Kesian anak”, tulis seorang netizen di ruangan komen gambar tersebut.

Kritikan tersebut mendapat balasan hampir seratus komen daripada wargamaya lainnya yang ternyata tidak bersetuju dan marah dengan apa yang ditulis oleh netizen tersebut.

Puteri Raysha Jemyma dan Putera Rayfal merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertama Fasha bersama Rizal Ashram Ramli. Selain itu, Fasha mempunyai seorang cahaya mata, Aisha Amaira hasil perkahwinannya bersama pelakon Aidil Aziz.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Ajar Anak Pakai Tudung Macam Tu Ke…” – Krit1ik Fasha Sandha, Sekali Netizen Kena ‘Basuh’ Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*