Baru Je 2 Orang Kena, Sekali SPRM Petik 10 lagi artis, selebriti

Kuala Lumpur: Seramai 10 artis dan selebriti lagi dalam senarai terbaru akan dipanggil Suruhanjaya Penceg4han Rasu4h Malaysia (SPRM) bagi membantu s1iasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang har4m membabitkan kumpulan cuci duit har4m dan perjudian dalam talian.

Sumber berkata, semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

“Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal.

“Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu si1asatan pen1ipuan Mac4u Sc4m dan jvdi dalam talian,” katanya.

Menurutnya, semalam SPRM memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan agensi itu untuk tampil memberikan keterangan secara sukarela.

“Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama.

“Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang har5m supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

“Tidak kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM, mereka diminta tampil sebelum kami panggil,” katanya.

Pada awal Oktober lalu, beberapa selebriti termasuk pelawak dan penyampai radio terkenal dipanggil agensi berkenaan bagi membantu siasatan kes pengub4han wang h4ram.

“Saya Akan Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM”

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad sedia memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang h4ram oleh sindiket Macau Scam dan perjvdian dalam talian .

Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, memberitahu, setakat ini, dia belum menerima arahan mana-mana pihak, biarpun ada yang mendakwa dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM.

“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal.

“Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Sharnaaz mengaku ketika isu itu dibangkitkan, dia pernah menghubungi SPRM untuk memberi keterangan.

“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum balas SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi,” katanya.

Ditanya apakah isu itu memberi impak negatif kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakannya, pelakon filem Jebat ini berkata, kesannya lebih kepada jenama.

“Alhamdulillah, perniagaan saya seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma daripada segi jenama, ia agak terjejas. Bagi saya, kita tak perlu takut kalau kita tidak salah. Kita hanya berada pada masa dan tempat yang silap.

“Hendak kata buat salah, tiada siapapun yang buat salah.

“Kita tak boleh menghakimi orang. Walaupun dia pakai baju warna oren, selagi mahk4mah tak jatuhkan hvkum, kita tak boleh kata mereka itu bersalah. Mereka hanya dipanggil untuk disoal si1asat sahaja,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela.

Menurut sumber Harian Metro Online, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

*Foto sekadar hiasan

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Baru Je 2 Orang Kena, Sekali SPRM Petik 10 lagi artis, selebriti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*