Kerajaan hargai sumbangan besar jururawat kepada negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghargai sumbangan besar barisan jururawat yang bertugas tanpa henti memberi rawatan terbaik kepada pesakit COVID-19 sejak negara berdepan pandemik wabak itu beberapa bulan lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sememangnya jururawat antara wira barisan hadapan yang menjadi benteng pertahanan negara dalam memerangi wabak COVID-19.

“Hari ini 12 Mei 2020 adalah sambutan Hari Jururawat Sedunia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di Malaysia.

“Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan anda semua terutama ketika negara berdepan dengan pandemik ini, adalah sangat dihargai dan tidak terbalas.

“Semoga sambutan Hari Jururawat Sedunia ini menjadi pemangkin semangat jururawat untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Kerajaan hargai sumbangan besar jururawat kepada negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*