Jangan kritik tindakan kerajaan banteras PATI

PUTRAJAYA – Mana-mana pihak yang mengkritik tindakan kerajaan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia diminta untuk melihat peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan memasuki sesebuah negara tanpa dokumen sah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara ini mempunyai undang-undang jelas berkaitan perkara tersebut dan pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang ada.

“Tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu memasuki sempadan sesebuah negara tanpa dokumen sah dilaksanakan seluruh negara di dunia ini. Saya percaya tidak ada negara yang benarkan warga asing memasuki negara mereka tanpa dokumen sah. Biasanya mereka yang mansuh secara haram akan ditangkap dan dikenakan tindakan.

“Kalau ada mana-mana pihak (dalam dan luar negara) yang mengkritik tindakan ini, saya harap mereka melihat undang-undang berkaitan kesalahan ini di negara masing-masing. Kalau sama dengan tindakan yang diambil oleh Malaysia, maka kita sebenarnya telah melaksanakan apa yang sepatutnya,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi membanteras PATI bukan hanya dilaksanakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi ia tindakan berterusan daripada Jabatan Imigresen.

“Ops PATI ini tidak ada kaitan dengan PKP pun kerana ia tindakan berterusan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : SH

 

Be the first to comment on "Jangan kritik tindakan kerajaan banteras PATI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*