Muzaffar Jakel Cakap Dia Bukan Lahir Dlm Dulang Emas, Sekali Dato Siti masuk komen

 

Muzaffar Jakel, adik bongsu Jakel yang dididik berkerja di Gudang & Kedai sehingga lebih 15 jam ada juga sehingga berhari tanpa tidur adalah contoh yang semua patut ambil untuk didik kehidupan agar tidak bergantung dengan kemewahan keluarga.

Selepas isu kontrv3rsi, ramai pula persoal keturunan, sekali Muzaffar Jakel tunjuk gambar surat beranak. Melalui sekeping sijil kelahiran yang dikongsi, sijil tersebut menunjukkan maklumat keturunan  bapa Muzaffar

Kawasan Pendaftaran: Johor

Nama Penuh Kanak-kanak: Muzaffar Bin Mohamed Jakel

Nama : Mohamed Jakel Bin Ahmad

Taraf Kewarganegaraan: Warganegara

Keturunan: Melayu

Pekerjaan: Berniaga

Info menarik

** Adik kepada Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel

** Kakak Ipar beliau, Datin Farah Haryani Muhammad Philip iaitu Isteri kepada Datuk Faroz, merupakan Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufaturing (M) Sdn Bhd

Berikut sedikit Info Mengenai Muzaffar yang sebelum ini dia pernah menceritakan perihal kehidupan melalui satu posting di IG

Bukan Lahir Dalam Dulang Emas

Menurut Muzaffar, ramai menggangap dia lahir dalam dudang emas, tapi sebenarnya dia telah melalui hidup yang svsah dan sehingga kini banyak kemahuan beliau yang belul dipenuhi kerana tidak di izinkan oleh keluarga. Beriktu luahan beliau

Orang sentiasa cakap saya ni lahir dalamdulang emas. Sebenarnya mereka salah, saya hidup dalam kesusahan sampai ke sekarng kemahuan saya sentiasa tidak tercapai kerana family saya tidak izinkan, dan mereka ingin saya merasa kesusahan yang pernah mereka lalui ketika dahulu

Selalu Ikut nasihat keluarga

Sewaktu umur saya..saya sentiasa ikut arahan yang telah di arahakan oleh keluarga saya hanya mampu bersabar sahaja saya tahu one day saya akan dapat apa yang saya inginkan kebanyakan orang zaman sekarang kalau family beri arahan atau nasihat mereka tidak pernah ikut atau dengar sebab mereka rasa mereka betul. bagus boleh buat keputusan sendiri tanpa keluarga saya ingin beritahu kepada anda bahawa keluarga makan garam dahulu so ikut apa yang keluarga putuskan untuk anda sebab keluarga sentiasa nak yang terbaik untuk anda semua

Dato Siti Nurhaliza puji

Melalui ruangan komen, Dato Siti telah meninggalkan satu komen memuji sikap berdikari yang ditunjukkan oleh Muzaffar

“thanks dato im really appreciate” balas Muzaffar Jakel

Biodata Datuk Faroz Jakel, abang kepada Muzaffar Jakel

Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.

Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.

Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya.

Jangan kecam ahli keluarga saya, ayah saya atau abang saya

Kesalahan ini bukan datang daripada syarikat, ia datang dari diri saya sendiri. Bukan dari ahli keluarga saya.

Jadi tolong jangan kecam ahli keluarga saya, ayah saya atau abang saya..

Kalau betul masih taknak maafkan saya, boleh marah pada saya, serang saya di akaun IG dan FB saya.

Saya takkan hina bangsa Melayu..Melayu yang banyak majukan Jakel. Kita bertapak di sini disebabkan Melayu..jadi tolong faham.

Abang saya (Datuk Faroz) sangat baik, sangat humble dengan orang. Adik-beradik saya lain semua baik, saya jer teruk. Tapi maafkan saya atas kesilapan ini.

Saya harap anda semua sokong kita balik dan harap sebarkan cerita yang sebenar.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri..

ADIK kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel sebelum ini telah tampil memohon maaf kepada umum selepas cara penulisan yang dimuat naik di Instagram Stories telah mengguris hati orang Melayu selain tidak sensitif.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MV

 

Be the first to comment on "Muzaffar Jakel Cakap Dia Bukan Lahir Dlm Dulang Emas, Sekali Dato Siti masuk komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*